Sunday, November 24, 2013

Perasaan Terpendam Mengundang Tindakan Keji.

     

   Perasaan adalah sesuatu yang rumit dan pelbagai, adakalanya kita akan rasa gembira, sedih, cinta, marah, dengki, menyesal dan sebagainya. Kenapa kita di beri perasaan? aku sendiri pun tak tahu tapi yang pastinya tanpa perasaan tersebut kita tidak akan mengenali pahit manis kehidupan ini. Namun perasaan yang sering membelenggu jiwa dan mental aku adalah perasaan sayang terhadap seorang wanita yang terpendam sekian lama kerana tidak mempunyai keberanian untuk meluahkannya.

     Aku bukanlah seorang yang penakut tapi dalam hal yang membabitkan wanita aku adalah seorang penakut. Aku bukan seperti lelaki lain yang mampu berbual dengan slumber dan bertentang mata dengan seorang gadis yang tidak dikenali malah aku mengambil masa yang lama untuk rapat dengan seseorang wanita kecuali aku rasa kepala hotak wanita tersebut sama dengan kepala hotak aku barulah aku akan mudah rapat/mengenali wanita itu. AKu pernah betul2 mencintai sesorang dan akhirnya aku memutuskan untuk memberitahunya sebelum bermulanya perkara penting dalam hidupku namun jawapan yang ku terima amatlah menyentuh hatiku dan perasaan malu dan sakit berlaku di dalam hatiku. Namun sehingga sekarang perasaan sayang kepadanya itu tidak mampu aku hilangkan walaupun aku melakukan perkara yang akan ku ceritakan di bawah.

     Aku bukanlah seorang yang mempunyai teman istimewa sehingga aku tulis benda nih. Apabila aku suka akan seseorang aku hanya mampu pendamkan dalam hati walau bertahun lamanya. Takut merupakan sebab utama . Namun, apabila perasaan sayang/cinta wujud dalam hati aku kepada wanita 3 halangan yang sering timbul untuk aku terus berasa yakin bahawa Dia adalah gadis yang didambakan untuk menjadi peneman hidup 1: wanita tersebut tidak menyukai aku 2. apabila aku menyukai seseorang selalunya dalam diam tanpa disangka selepas itu kawan aku pun mempunyai perasaan terhadap wanita tersebut, aku lebih rela kawan terus mengadjust wanita tersebut tanpa mereka tahu bahawa aku punya perasaan yang sama terlebih dahulu daripada mereka biarlah mereka sahabat aku, lagipun salah aku juga xda keberanian seperti mereka . 3. kadang2 wanita yang aku minat secara diam sebenarnya sudah berpunya.

    Tipulah kalau kita tak berasa sedih, sakit, kecewa dengan perkara sebegitu berlaku tapi apa boleh buat sudah diri begini dan aku masih percaya bahawa Allah sudah menetapkan jodoh masing tapi yang membezakan adalah cepat dan lambat. Tapi tipulah juga kalau aku x berasa kosong. Tidak seperti rakan-rakan ku yang lain ada peneman berbicara dikala kebosanan namun yang hanya aku mampu buat adalah mengadu kepadaNya.

     Aku pernah bercinta sebanyak 2 kali tapi bukanlah dengan wanita yang betul2 menyentuh hatiku, aku hanya menjadi pasangan mereka hanya untuk menjadi peneman berbicara dikala bosan dan tidak pernah keluar bersama. Namun begitu, bila aku fikirkan dengan sebaik-baiknya lebih bagus untuk menyendiri daripada terus berpura2 menyintai mereka sementara mereka betul2 mencintaiku. Pasangan pertama amat serius dengan aku manakala yang kedua lebih kurang seperti ku hanya menjadikan aku tmpat untuk teman berbicara dikala bosan walaupun dia tidak menyatakan begitu namun daripada reaksi dan cara berinteraksi amat jelas sekali dia sepertiku tidak mempunyai perasaan istimewa tersebut dan hanya menjadi pasangan atas nama PASANGAN sahaja dan mampu bertahan sebulan sahaja. 

     Mungkin itulah yang dikatakan karma, perbuatan yang aku lakukan ke atas pasangan pertama yang sangat baik dengan menipu perasaan ku terhadapnya sementara dia betul2 menyayangi ku namun aku pernah cuba untuk mencintai dan menyayanginya tapi perasaan itu tidak mampu wujud di hatiku. Cara perkenalanku dengan pasangan pertama hanyalah melalui sms dan media sosial yang berlangsung selama 3 tahun namun atas perasaan sayang yang tidak wujud untuknya dan perasaan tidak yakin atas hubungan jarak jauh tersebut aku putuskan pertalian itu. Pasangan kedua bermula dengan laman chatting sehinggalah secara tidak sengaja kami sebenarnya menuntut tempat pengajian yang sama dan bermulalah  kisah cinta tidak ikhlas serta perjumpaan sebanyak 3 kali sahaja dan apabila berbicara dan berjumpa dia sering menyuruhku mengurat orang lain dan apabila berjumpa dia lebih banyak berbicara dengan rakannya sementara aku hanya seperti batu tunggul yang hanya mampu menyaksikan mereka berbicara dengan bahasa negeri mereka yang aku tidak faham. Apabila kami sering mempunyai masalah yang dia wujudkan dia sering menyuruhku untuk memutuskan perhubungan dan akhirnya hampir segenap sebulan dengan sikapnya menyuruhku pergi kepada orang lain itu, aku akhirnya memutuskan perhubungan itu. Anggapan aku selepas putus itu dia akan mencari,bertanya khabar, membalas sms aku yang ingin mengetahui khabarnya dan bertegur , ternyata sangkaan ku meleset dan ternyata dia normal seperti biasa dan langsung tidak mempunyai perasaan sedih seperti yang aku rasa dan membalas pertanyaan khabar dariku. Mungkin dia malu untuk berpasangan dengan orang yang x hensem, tidak mempunyai kepentingan, tidak mempunyi harta dan kenderaan seperti aku.


   Walaupun 3 tahun berlalu, Semenjak itu, aku berfikir sejenak lebih baik aku hidup sendiri dan menahan perasaan cinta dengan individu yang mampu menggoncang hatiku walaupun terpaksa perasaan yang bergelora dalam diriku lagipun sekarang aku masih belajar dan tidak mempunyai wang yang cukup. biarlah kita fikirkan pengajian dan mencari kerja dahulu dan apabila bertemu jodoh bolehlah terus membina masjid tanpa perlu bercinta lama-lama tapi kahwinnya tidak. walaupun di tempat pengajianku terdaapt seorang waita yang menyentuh hatiku biarlah aku menyimpan perasaan tersbut di dalam hati sahaja walaupun sakit namun akhirnya aku mendapat tahu bahawa wanita baik tersebut sudah bertunang. sekali lagi salah satu daripada 3 perkara yang sering membelengguku terjadi lagi..apalah nasib

kawan dan keluarga merupakan peneman utama aku..tanpa mereka aku akan berasa lebih kosong..aku sayang akan keluarga dan rakan-rakan aku. Pengajaran daripada cerita aku, jangan mainkan perasaan wanita, jangan mudah mengucapkan sayang jika tidak benar2 mencintai seseorang wanita. Fikir kemampuan diri sebelum hendak hidup berpasangan. carilah orang yang mampu menerima kekurangan diri. carilah orang yang betul kita sayang dan orang itu mempunyai perasaan yang sama seperti kita. 
     
     

No comments:

Post a Comment