1.1 PENDEKATAN SISTEM DAN CIRI-CIRI SISTEM ALAM SEKITAR FIZIKAL
1.1.1 Konsep Sistem
- Alam sekitar fizikal sebagai sebuah sistem yang mempunyai set angkubah yang saling berinteraksi antara satu sama lain untuk sentiasa mencapai tahap keseimbangan.
- Tenaga matahari penting sebagai penggerak seluruh operasi sitem berkenaan.Melalui tenaga ini seluruh unit di dalam system fizikal itu berfungsi dan bergerak untuk mencapai tahap keseimbangan.
- Setiap system terbuka mempunyai tenaga dan bahan yang boleh keluar-masuk melintasi sempadan system berkenaan.
1.1.2 Ciri-Ciri Sistem Alam Sekitar Fizikal
- Mempunyai angkubah atau unsur-unsur yang berada dalam satu sempadan dan saling berinteraksi antara satu sama lain
- Mempunyai bahan seperti air,gas,mineral yang boleh masuk dan keluar dari sempadan system tersebut.
- Mempunyai tenaga yang boleh mengalir,masuk dan mengalir keluar dari sempadan system tersebut.
- Kesemua angkubah di dalam sesebuah system sentiasa beroperasi untuk mencapai tahap keseimbangan yang lama.Jika tahap kestabilan system dicapai bermakna input tenaga dan bahan adalah sama dengan outputnya.
- Mempunyai sempadan yang jelas dan boleh dibezakan dengan system yang lain.Berdasarkan sempadan ini sesebuah system boleh dikelaskan kepada system makro dan mikro.
1.2 JENIS-JENIS SISTEM DAN INTERAKSI ANTARA SISTEM ALAM SEKITAR FIZIKAL
1.2.1 Jenis-jenis Sistem Alam Sekitar Fizikal
Terdapat 3 jenis system alam sekitar fizikal iaitu:
- Sistem Terpencil :Sistem jenis ini mempunyai sempadan tertutup dan tidak membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan ke dalamnya.Sistem ini terdapat di dalam makmal sahaja.
- Sistem Tertutup:Sistem ini mempunyai sempadan tertentu yang hanya membenarkan pertukaran tenaga sahaja tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan.
Contohnya bumi dengan matahari iaitu bumi menerima tenaga sahaja daripada matahari.
- Sistem Terbuka:Sistem yang membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan menrusi sempadannya.Sistem ini akan bergerak dan beroperasi sampai ke tahap stabil.Sistem ini banyak terdapat di alam nyata.
Contohnya system cerun,system hutan
Sistem morfologi terdiri daripada cirri-ciri fizikal yang formal yang bergabung membentuk suatu bahagian fizikal yang beroperasi.Proses yang penting dalam system ini ialah jika sekiranya berlakun peubahan terhadap satu unsur maka unsur yang lain akan berubah mencapai keseimbanagan yang baru.
Sistem berfungsi(system lata) bersifat sehala.Output bahan dan tenaga dari satu subsistem akan menjadi input kepada satu system yang lain.Wujud satu jujukan input-oputput yang berterusan.
Sitem berinteraktif(gabungan system berstruktur dengan system berfungsi) merupakan jalinan atau kombinasi antara system morfologi dan komponen system lata yang sama atau berkait rapat antara satu sama lain.
BIL | TOPIK | SISTEM BERSTRUKTUR | SISTEM BERFUNGSI | SISTEM BERINTERAKSI |
1 | Kaji cuaca/kaji iklim | Bentuk awan ketinggian awan ketebalan awan | Sejatan Perluwapan kerpasan | Tekanan rendah Latitude tengah |
2 | Hidrologi | Storan pemintasan Storan lembapan Tanih Storan saluran | Aliran sungai | banjir |
3 | Tanih | pH tanih ketebalan tumbuhan ketebalan tanih | Luluhawa Kesotan tanih pendoplozan | ekosistem |
4 | Geomorfologi fluvial | Gradient cerun Ketumpatan saliran Gradient saluran | Golekan lelasan | Lembangan saliran |
5 | Pantai | Cerun pantai Saiz partikal Keluasan pantai | Damparan Ombak undur Biasan ombak | Tanjung-teluk |
6 | Glasier | Bentuk glasier Aspek kori | Hakisan salji Pergerakan hablur | Fasa iklim glasier |

1.2.2 Interaksi antara Sistem Alam Sekitar Fizikal
- Keempat-empat system bumi ini saling berinteraksi antara satu sama lain sesuai dengan konsepnya sebagai system terbuka

- Bermula kitaran hidrologi,proses sejatan berlaku di permukaan air seperti laut,diikuti oleh pemeluwapan dan kerpasan berlaku dalam sistem atmosfera
- Proses pntasan/cegatan silara dari tumb7uh-tumbuhan yang berlaku dalam sistem ekologi
- Larian air permukaan dan sub permukaan berlaku dalam sistem geomorfologi
- Akhirnya proses rembesan,aliran air bawah tanah,akuifer yang membekalkan air kepada sungai,tasik,paya dan kolam
- Ciri-ciri utama system bumi ialah kebolehannya melakukan pemulihan kendiri apabila komponen system tersebut menerima gangguan.Ia bertujuan untuk mencapai keseimbangan
- Keseimbangan yang dicapai dinamakan sebagai keseimbangan dinamik iaitu bukan static
Rockstar Band Shirt dari Guns N' Roses, Black Sabbath, Ramones, Led Zeppelin dan lain-lain - http://hoalanso.blogspot.com
ReplyDelete