Thursday, February 3, 2011

latar belakang kerjaya pilihanku

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.
Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.

Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan dalam bulan September 1963, nama pasukan ini berubah menjadi Tentera Udara Diraja Malaysia. Menjelang tahun 1970-an, TUDM mempunyai 16 buah skuadron dengan satu pusat latihan penerbangan.
Selepas penghantaran pesawat CL41-G Tebuan dan helikopter komunikasi jenis AĆ©rospatiale Alouette III, TUDM dikuatkan lagi dengan penghantaran pesawat Handley Page Herald (dikenali di kalangan anggota TUDM sebagai “Dart Herald”) dan juga pesawat pejuang jenis CA27 Sabre Mk32 yang dihadiahkan oleh kerajaan Australia (RAAF ketika itu sedang menggantikan pesawat Sabre mereka dengan pesawat pejuang Dassault Mirage III-EO). Keupayaan pengangkutan ditingkatkan lagi dengan pembelian 20 buah pesawat de Havilland Canada DHC-4A Caribou (versi yang hampir sama dengan versi yang dibeli oleh Tentera Udara Diraja Australia).
Pengangkutan dengan helikopter ditingkatkan dengan penghantaran 36 buah pesawat Sikorsky S-61A-4A Nuri, yang boleh membawa 31 orang anggota tentera infantri ataupun membawa barang muatan sehingga 3 tan

TUDM juga melihat kepada perolehan senjata-senjata moden seperti pembelian peluru berpandu udara-ke-udara jenis AIM-120 AMRAAM, tetapi hasrat tersebut dibatalkan kerana Amerika Syarikat tidak mahu memperkenalkan teknologi terbaru tersebut atas sebab bantahan daripada Singapura yang merupakan sekutu kuat Amerika. Sebaliknya, Amerika bersedia menjual pesawat moden seperti F/A-18 Hornet tetapi hanya di bekalkan engan peluru berpandu udara-ke-udara jenis separa aktif AIM-7 Sparrow yang jauh lebih kurang upaya berbanding dengan AIM-120 AMRAAM. Walaubagaimanapun, TUDM akhirnya memperolehi 20 unit AMRAAM versi C-5 yang hanya mempunyai jarak kelajuan 64 km sahaja berbanding dengan AIM-120D yang mempunyai kelajuan 95 km. Namun, kesahihan berkenaan AMRAAM C-5 tersebut belum dapat dipastikan.
Dasar kerenah birokrasi Amerika (khasnya Kongres) dan Singapura ini telah memaksa TUDM melihat kepada perolehan senjata daripada negara-negara lain, termasuk Rusia. Dalam tahun-tahun 1990-an, TUDM menerima penghantaran pesawat jenis BAE Hawk Mk108 dan Hawk Mk208 buatan Britain. Pesawat Hawk Mk108 digunakan untuk latihan lanjut juruterbang sementara pesawat Hawk Mk208 mengambil alih peranan bantuan dekat udara yang sebelumnya diberikan oleh pesawat McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk.
Dalam tahun 1995, TUDM menerima penghantaran 18 buah pesawat MiG-29N untuk mengendalikan peranan penguasaan udara (air superiority). Keupayaan serangan pelbagai cuaca diperolehi dengan pembelian 8 buah pesawat McDonnell Douglas F-18D Hornet yang diterima dalam tahun 1997. Pesawat ini serupa dengan pesawat penyerang yang digunakan oleh Kor Marin Amerika Syarikat.
TUDM juga membuat pesanan pada 5 Ogos 2003 untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dijadualkan penghantaran mulai tahun 2007. Kontrak ini bernilai AS$900 juta dan sebahagian daripada pembayaran dibuat dalam bentuk jualan komoditi. Rusia juga bersetuju menghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia sebagai angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebagai sebahagian daripada pembelian pesawat Sukhoi ini. Pesawat ini ditempatkan di pangkalan baru TUDM di Gong Kedak. Untuk tujuan itu, No. 11 Skuadron yang dahulunya mengoperasikan pesawat F-5E dan berpangkalan di Butterworth dipindahkan ke Gong Kedak dan sedang dalam proses peralihan operasi ke pesawat Su-30MKM. TUDM juga mempunyai perancangan untuk mendapatkan 4 buah pesawat sistem amaran dan kawalan udara (AWACS) tetapi tiada keputusan yang dibuat berkenaan dengan pembelian ini.
Namun demikian, TUDM telah membuat pengumuman pesanan 4 buah pesawat pengangkut Airbus A400M dari firma Airbus Military untuk melengkapkan dan menggantikan sebahagian daripada tugasan pengangkutan yang kini dijalankan oleh pesawat C-130H Hercules. Pesawat-pesawat yang diberikan pertimbangan oleh TUDM termasuk pesawat Saab 2000 AEW&C, pesawat Lockheed P-3 Orion AEW&C, Pesawat Grumman E-2C Hawkeye 2000 AEW&C seperti yang digunakan oleh Singapura, pesawat Boeing B737 AEW&C dan pesawat Embraer EMB-145SA.
Pesawat peronda maritim EMB-145 juga diberikan pertimbangan untuk memenuhi keperluan peronda maritim TUDM, walaupun kini terdapat perbahasan sama ada tanggungan rondaan maritim sepatutnya di jalankan oleh TUDM ataupun oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) .
TUDM pernah mempertimbangkan pembelian 18 buah pesawat F-18E Super Hornet dengan Boeing membeli semula pesawat F/A-18D Hornet yang kini digunakan oleh TUDM. Sehingga kini, tidak ada pengumuman dibuat mengenai pembelian ini, walaupun Boeing masih melobi pembelian ini. Antara yang menjadi punca perolehan Super Hornet kepada TUDM ini terbantut adalah disebabkan sikap Washington yang terlalu banyak mengeluarkan syarat yang tidak menyenangkan Kuala Lumpur, seperti sekatan pembekalan peralatan Beyond Visual Range, peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana AMRAAM dan banyak lagi serta Washington enggan menerima bayaran counter-trade yang diingini Kuala Lumpur iaitu menggunakan hasil komoditi negara bagi menjelaskan pembayaran pesawat. Selain dari itu, Malaysia mengalami kekurangan dana yang secukupnya. Atas dasar luar Amerika telah menyebabkan Malaysia beralih kepada perolehan Sukhoi Su-30MKM buatan Russia bagi menggantikan perolehan Super Hornet, sebagai membalas budi kepada Moscow yang sudi melatih dua rakyat Malaysia dalam program Angkasawan Negara pada tahun 2007.
Syarikat pertahanan Russia iaitu Rosoboronexport dan AIROD mengumumkan pembekalan 10 buah helikopter Mi-171Sh (Mi-8AMTSh) bernilai AS$120 juta, untuk kegunaan dalam peranan mencari dan menyelamat tempur (CSAR) untuk menyokong penggunaan helikopter Sikorsky S-61A4A Nuri dalam peranan tersebut. Ada kemungkinan pembelian ini akan melibatkan penambahan 39 buah helikopter Mi-171 di masa-masa akan datang. Selain Rosoboronexport, TUDM turut mencalonkan Eurocopter sebagai sandaran untuk perolehan produk tersebut pada masa akan datang.
Pembelian helikopter tempur masih belum diumumkan, walaupun TUDM memberikan pertimbangan pembelian Denel Rooivalk dan juga helikopter Agusta A109 yang dipasangkan senjata. Pada 18 Julai 2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat pengumuman pembelian 8 buah pesawat Aermacchi MB-339CD sebagai tambahan kepada pesawat MB-339A yang kian berumur. Rancangan pembelian pesawat MB-339A dari Tentera Udara Diraja New Zealand dibatalkan.
Pada September 2008, kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan bahawa Eurocopter berjaya memenangi kontrak bagi pembekalan 12 unit helikopter Eurocopter EC 725 bagi menggantikan helikopter Nuri yang bakal ditamatkan perkhidmatannya dalam TUDM. Tidak menolak kemungkinan bahawa TUDM bakal membuat penambahan helikopter dari Perancis ini untuk dimasa yang akan datang yang mana ianya merupakan pesawat yang berpotensi besar dalam tugas operasi tempur, cari dan menyelamat malahan setanding mahupun lebih baik dari Mil-171 atau pesawat Nuri sendiri.

Divisyen Pertama

TUDM Subang

TUDM Kuala Lumpur

  • No. 10 Squadron S-61A4A Nuri
  • Staff Flying Conversion Unit (SFCU)

TUDM Butterworth

TUDM Kuantan

TUDM Gong Kedak

  • Terletak didalam Jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Pangkalan udara Gong Kedak merupakan pangkalan udara yang tercanggih milik TUDM. Pangkalan ini menempatkan No. 11 Squadron Su-30 MKM

Divisyen Kedua

TUDM Kuching

TUDM Labuan

Divisyen Latihan

Pangkalan

TUDM mempunyai beberapa buah pangkalan yang digunakan untuk menempatkan pesawat dan unit-unit TUDM yang lain. Antara pangkalan yang digunakan oleh TUDM adalah :

No comments:

Post a Comment