Thursday, November 3, 2011
SOALAN RAMALAN BM KARANGAN STPM 2011
Monday, October 31, 2011
PERASAAN SEKARANG
Saturday, October 15, 2011
KAWAN

SALAM SEMUA
- pangkat
- ,duit,
- famous dan terkenal di kalangan kawan atau org ,
- indvdu yg hndk djdikan kawan tu mnjdi hrpn kpda ssorg indvdu yg tgi pgkt..
- .yg gila2,
- yg pandai buat lawak,
- bekawan bila kita sedang bersuka dn berjaya mlakukan sesutau indvdu ni mau mnumpang kgmbraan tp apabila musibah dtg kpd dri kita dia mghlng dn tk mau brtggungjwab
- etc.....................
- kawan yang selalu menegur silap anda.
- yang selalu perasan akan perubahan diri anda.
- yang cuba buat anda senyum walaupun hakikatnya memang dia tahu yang korang takkan senyum.
- yang layan kerenah korang walaupun dia orang ada kerja lain sebenarnya.
- yang tahu erti gurau, lawak, serius.
- yang faham hanya dengan kerlingan mata korang.
- yang hidupnya, percaya korang.
- yang dirinya tegak untuk korang.
- yang jiwanya seirama dengan korang.
- yang sentisasa tidak lupa korg wlaupun tidak bersama lagi
- mmbrikan pewrhatian yug sama seperti kawan yg lain
- tidak mnyisihkan kawan
- bla berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- bla rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- bla kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- bla kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- bla dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- bla dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;bila kta
- meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- bla datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- bla kta merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- bla berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
- Dia mendorongu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita
SAHABAT SEJATI
“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Sunday, September 25, 2011
KARANGAN BM 2 STPM (ISU PEMBUANGAN BAYI)
Hampir setiap minggu media massa memaparkan kes pembuangan bayi. Kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menbasmi gejala ini. Namun usaha ini tidak menampakkan hasil,malah gejala ini semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat dibendung lagi. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk membendung gejala buruk ini.
___________________________________________________________________________
Jawapan;
Sedasawarsa ini,isu pembuangan bayi semakin hangat diperdebatkan di negara kita. Hal ini dapat dilihat menerusi pemaparan oleh media massa hampir setiap saat dan ketika,laporan kes pembuangan bayi terus kepada rakyat. Akibatnya,gejala yang tidak bermoral seperti ini seolah-olah mencerminkan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang selama ini bertopengkan syaitan. Segelintir belia,khasnya yang merupakan pelaku utama jenayah ini,jelas memperlihatkan identiti diri mereka yang sememangnya kian rapuh dirajai nafsu. Kita sering dihidangkan dengan berita kematian bayi yang amat menyayat hati,malah terdapat segelintir yang sanggup mengepam janinnya ke dalam tangki hanya untuk melupuskan bukti kelahiran,tanpa rasa bersalah sedikitpun. Penelitian punca-punca yang menunjangi kebejatan masalah ini serta langkah-langkah yang boleh diambil akan mewarnai fokus perbincangan kita.
Kita tidak dapat menyangkal bahawa pengaruh media massa merupakan faktor perdana kepada permasalahan ini. Dalam era ledakan teknologi maklumat ini,sebarang maklumat pornografi boleh dimuat turun dengan mudah menerusi jaringan internet,tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan video cakera padat di pasaran. Walau bagaimanapun,masih terdapat sesetengah saluran televisyen yang memaparkan aksi lucah yang tidak ditapis terutamanya dalam drama bersiri barat. Nilai-nilai seperti ini jelas menolak unsur ketimuran dan remaja yang sememangnya mempunyai rasa ingin tahu yang menebal akan terdorong untuk meniru aksi yang telah ditonton oleh mereka bersama pasangan berlainan jantina. Kesannya pula akan dirasai oleh si gadis kerana keterlanjuran itulah yang mengundang kepada segala permasalahan. Remaja yang tidak berfikir panjang pula akan cuba menghapuskan kelahiran luar nikah itu dengan sebarang cara sekalipun membunuh. Maka,pengaruh media massa adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi dalam menunjangi permasalahan ini.
Seterusnya,keluarga yang bermasalah juga turut menyumbang kepada permasalahan sosial ini. Hal ini telah dibuktikan menerusi satu kajian yang mengatakan bahawa rata-rata remaja yang terlibat dalam penyakit sosial ini adalah mangsa keruntuhan institusi keluarga. Sikap ibu bapa yang terlalu obses mengejar materialistik bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi telah menjadikan mereka lalai dalam menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak. Remaja yang dahagakan kasih sayang pastinya akan mencari jalan mudah dengan mencari hiburan yang mampu meleraikan kegersangan mereka,dan ini akan memandu mereka ke kancah maksiat. Setelah terjebak ke kancah sosial yang tiada penamatnya itu,pastinya kes mengandung anak luar nikah akan terjadi. Jalan singkat yang difikirkan,pastinya pengguguran mahupun membuang sahaja bayi tersebut kerana gusar akan dicemuh oleh masyarakat.
Selain itu,sudah terang lagi bersuluh,pastinya kurang penghayatan terhadap nilai agama dan tiada pengetahuan tentang batas-batas pergaulan merupakan pemacu kepada polemik ini. Asas didikan agama yang mapan dan cukup adalah elemen yang terpenting ke arah memacu kehidupan seseorang manusia. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama pula mampu menjadi benteng kepada individu itu bertindak atas norma kehidupan manusia kerana individu tersebut sedar akan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan seperti penzinaan yang pastinya akan mengundang kehamilan luar nikah. Maka,ketiadaan penghayatan terhadap nilai agama mampu mewujudkan polemik sosial ini.
Bagi membendung masalah ini dari terus menjadi barah dalam kalangan remaja kita,amnya,langkah yang spesifik,drastik dan holistik perlu diimplementasikan sewajarnya agar pemasalahan ini dapat diatasi. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah peranan ibu bapa remaja itu sendiri ke arah menyediakan didikan yang cukup terhadap anak-anaknya. Didikan haruslah diterapkan sejak kecil lagi sesuai dengan peribahasa ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Pendidikan yang diberikan haruslah seimbang dari aspek rohani dan jasmani supaya setelah dewasa kelak mereka mampu menghadapi segala anasir-anasir luar. Perhatian yang sepenuhnya juga harus diberikan agar anak-anak tidak terasa terabai dan dihargai. Pemerhatian juga perlu dilakukan sentiasa terhadap aktiviti kanak-kanak supaya terkecuali dari melakukan sebarang gejala negatif seperti seks bebas,seterusnya pembuangan bayi.
Akhir sekali,pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan juga perlu bekerjasama untuk membantu mengurangkan masalah ini. Baru-baru ini,cadangan penubuhan ‘Tabung DNA’ merupakan satu langkah yang perlu disokong oleh seluruh rakyat kerana menerusi pelaksanaan ini,ibu bapa yang terlibat dalam kes pembuangan bayi akan lebih mudah untuk dikesan kerana setiap bayi yang dilahirkan akan diambil sampel DNAnya untuk simpanan pihak hospital. Selain itu,pihak Kementerian Pelajaran dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan perlulah menggiatkan lagi program-program kesedaran yang sedia ada bermula dari sekolah rendah lagi agar kesedaran timbul lebih awal dalam diri pelajar. Hai ini dikatakan mampu menjadi perisai kepada mereka kerana telah mempunyai maklumat tentang perkara yang sepatutunya dilakukan. Jika perlu,pengenalan subjek pendidikan seks juga boleh diambil kira.
Kesimpulannya,isu pembuangan bayi ini haruslah diberi perhatian yang sewajarnya oleh setiap pihak supaya gejala ini tidak terus-menerus menjadi barah yang mampu menjejaskan imej negara satu hari kelak. Segelintir rakyat kita seolah-olah telah hilang pedoman diri sehingga sanggup menganiayai nyawa bayi yang tidak berdosa. Segala agenda dan langkah yang telah dirangka oleh kerajaan haruslah difahami dan dilaksanakan oleh semua pihak agar gejala pembuangan bayi tidak lagi menjadi nanah yang terus mencengkam kehidupan masyarakat.
Dihasilkan oleh NurAfizatul Azwa (6 Atas Arif, 2010)
SOALAN RAMALAN PENGAJIAN AM 2 2011
antara topik yg dijangka ialah oku, globalisasi, biotek, penyakit kronik, pemakanan tambahan, pasaran produk halal, globalisasi, peningkatan harga barang, sukan dan krisis makanan berkhasiat.
Contoh Soalan
Tema : Penyakit Kronik
1. Kini bukan sahaja pencemaran alam mengancam kesihatan manusia, malah perubahan cara hidup juga menjadi puncanya. Bilangan rakyat yang mengalami penyakit kronik semakin meningkat. Terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan peningkatan penyakit kronik dalam kalangan rakyat di Malaysia. Bincangkan.
2. Kehidupan manusia pada alaf moden ini diancam oleh pelbagai jenis penyakit yang berbahaya kerana kecuaian dan cara hidup manusia. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?
Tema : Makanan
1. Pengambilan makanan suplemen seperti pil vitamin semakin penting dalam kehidupan manusia masa kini. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan boleh menjejaskan kesihatan. Bincangkan.
Monday, August 29, 2011
KOLEKSI PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 2011
ASSALAMUALAIKUM......ALHAMDULILLAH KITA DAPAT MENYAMBUT HARI RAYA SEKALI LAGI DI TAHUN 2011...SEMESTINYA PANTUN MENJADI POPULAR DI WAKTU BEGINI.....DI BAWAH NI KOLEKSI PANTUN YANG AKU DAPAT KONGSI KEPADA KORANG......
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...KEPADA YANG MENGENALI DIRI INI......#
Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.
jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati
bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban
kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya
Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira
Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali
Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja
Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara
Sunday, August 14, 2011
15.08.2011
SELAMAT HARI JADI ALONG......ucapan kpda dri sndri..........umur aku smakin tua n tua....hurmmmm bnyak dosa dari pahala yang telah aku lakukan........wlaupun mgkin ramai yang tdak mgetahui hari lahir aku,aku lbih suka bgtu.......prahsia ialah sifat aku...walaupun kadang2 rasa sdih org tk ingat bday aku...aku okay ja......hidup kena rocks.....yeaaaaaaa...hurm btul ka tu?
aku rindu zaman kanak2 aku........aku masih ingat lagi first time hari lahir aku disambut dengan meriah pada umur aku 6 tahun.......ibu n ayah aku siap buat kenduri besar smbut hri jadi aku.....ramai orang yang datang n banyak hadiah yang aku perolehi,hadiah yang paling akuingat smpai skrang ialah hadiah senapang dri ayah aku,bola dri mak aku,,buku yang mgndungi peta dunia yg diberi oleh rakan sebaya aku yg mrupakan rakan baik aku zaman kanak2 ABDUL AZIZ....lma sdh aku tk jmpa dia....itu lah saat hari lahir aku yang paling indah......namun smua tu tkda lg dek krana usia yg smakin matang....tkda kek,tkda kenduri takda hadiah smenjak hari itu....bkn krana ibu ayah aku tk mau bg n bkn krana inginkan itu smua pda wktu usia aku yg sdh tua ni..tp sbgai seorang yg anak yg btggngjawab...perlulah fkir positiif......khdupan smkin ssh....duit ssh nk cri....harus akur ttg itu......pda individu yg sdh mncpai umr belasan tahun......tk payah la nk sdih sgt bla org tk ingat bday n tkda smbutan......kita sdh matang so prlu fkir positif.....
tpi jauh di lubuk hati aku ....aku ingin kembali pada saat usia aku 6 tahun aki igin merasai smula orang bcakan doa untuk aku,beri ucapan kepada aku...........krna pda wktu itulah aku dpt mrsakan smbutan hari jadi yg sebenar...........YA ALLAH andainya masa dapat diundur aku ingin kembali ke zaman kanak2 aku........krna zaman knak2 la wktu yg pling mnyronokkan dlam hdup......
anyway once again HAPPY BIRTHDAY ALONG.....
