Saturday, August 13, 2011

Kisah dua gadis dan aurat

Kisah dua gadis.. Cerita ini bermula dengan dua sahabat yang berbeza. Seorng bertudung dan sopan,seorg tidak bertudung dan agak up to date orangnnya.. Mereka berkawan lama,dan rapat. Zahirnya si sopan ini mmg dari pandangan mata mmg ...amat baik,tetapi rupanya tidak pernah bersolat,dan hanya memakai begitu kerna ikutan fesyen dan ingin menunjuk soleha. Dan manakala si sexy ni pula,iman dalamannya amat kuat,solatnya tidak pernah terabai,dan segala tentang agama,memang makanan dia,cuma kerna terlalu asyik berfesyenlah dia tidak ambil berat tentang auratnya. Dua insan yang berbeza sekali luar dalamnya.. Tiba suatu hari kejadian yang tak disangka berlaku,rumah mereka dimasuk perompak. Dan disaat kejadian,si sopan memang tengah bersiap hendak keluar,dan si sexy sedang asyik menonton tv hanya dengan singlet dan short pants nya. Perompak jadi tak keruan dan mula dihasut syaitan,untuk merogol mereka. Perompak hanya seorang,sedangkan mangsanya berdua.. Bagaimana nak mula?? Siapa pilihan dia?? Dia mula berfikir,si sopan atau si sexy.. Lantas matanya terus tepat ke arah peha si sexy dgn ghairah. Lantas terus dia memilih si sexy,sedangkan si sopan langsung tidak dipandanginya. Dan bagai tiada selera. Berlakulah kejadian itu. Dirogol si sexy dgn rakus dan paksa. Si sopan hanya diam mengigil ketakutan. Setelah selesai memuaskan nafsu serakahnya,si perompak terus melangkah kakinya keluar dalam keadaan kekenyangan yang amat sangat. Dua sahabat ini terus ke balai membuat repot. Selepas beberapa hari kejadian,mereka duduk bersama berbincang tentang trajedi hitam itu. Bertanya si sexy pada si sopan dengan marah,kenapa aku yang sentiasa bersolat dan beramal ni dirogol dan bukannya engkau yang jahil tu dirogol???? Sedangkan selama ini aku ingat Allah dan bersolat. Kau langsung tak pernah solat,tp Allah lindung kau!! Dan aku menjadi mangsa.. Dengan nada suara yang rendah si sopan menjawab,mungkin kerana auratku,pemakaian ku membuat perompak itu jd hilang selera melihat aku. Kerna aku tidak menonjolkan tubuh aku. Walaupon kejahilan ku ini membuat kau berkata begitu,tetapi kerna pemakaian ku Allah menyelamatkan aku.. Mugkin semua ini ada hikmahnya.. Lantas dua2 terdiam dan keadaan menjadi bisu.. Apa yang kita nampak disini,walaupon si sexy beriman dalamanya,tetapi ketrampilan luarannya tidak langsung ada sifat2 orang beriman,manakala si sopan yang walaupon dalamannya jahil tetapi dia tahu kesopanan,dan adab orang melayu. Yang sekali gus menyelamatkan dirinya.. Allah tidak membuat naya atau tidak melindung si sexy yang beriman,juga tidak melindung si sopan yang jahil. Akan tetapi kerna pemakaian dan ketrampilan mereka lah yang menghukum mereka.. Disini kita nampak kenapa didalam islam diterapkan menutup aurat... Kerna,islam itu kesopanan,kesucian,kerna ingin mengelak fitnah dan mengelak terjadinya kes rogol ini.. Buatlah penilaian mengenai cerita yang saya reka ini dan jadikanlah pengajaran utk diri dunia dan akhirat.. Insyallah... 

gambar heliza tu tkda kena mngena dengan ni cerita....sgaja ltak sbgai contoh muslimah yang bttup aurat lgpun dia kiutt...heheheh...

Friday, August 5, 2011

KIAMAT TAHUN 2012 ????

Planet Nibiru, Hari Malang 2012 & Cosmophobia?
Mayan Long Calendar
Mayan Kalendar
Planet Nibiru

David Morrison
NASA Astrobiology Institute Senior Scientist

Pengenalan

ASP astronomi dan mantan Presiden David Morrison membuat laman web yang dipanggil "Tanya Astrobiologist" sebagai sebahagian daripada tugasnya sebagai Senior Scientist di NASA's As-trobiology Institute. Di web ini masyarakat dapat mengajukan soalan daripada perwakilan saintifik NASA, dan Dr Morrison mendapat banyak soalan daripada dari segenap lapisan usia. Akhir-akhir ini, dia telah dihujani dengan soalan tentang hari kiamat pada tahun 2012 dan sebuah planet(Planet Nibiru atau Planet X) yang akan berlanggar dengan bumi pada bulan Disember tahun 2012 adalah penyebabnya. (Keadaan menjadi lebih teruk lagi, sebuah filem tentang catastrophe akan datang ke pawagam berhampiran anda pada November 2009 dan iklan tentang filem itu telah pun bermula.) Dr Morrison telah menjumpai beberapa sumber tentang mitos ini dan dikumpulkan kesemua jawapan yang paling hangat dari soalan-soalan di laman webnya. Para pembaca Astronomi Beat pastinya akan mendapatkan pertanyaan seperti itu dari teman dan kolega dan jadi kami meminta Dr Morrison untuk berkongsi sebahagian daripada kesimpulan bersama kami.
Sehingga Jun 2009 ini, ada lebih daripada 175 buku yang berdaftar di Amazon menceritakan tentang hari kiamat pada 2012. Seperti lelucon ini tersebar, banyak lebih banyak senario bencana sedang menyarankan. "Tanya Astrobiologist" telah menerima hampir seribu soalan tentang Nibiru dan 2012, dengan lebih daripada 200 jawapan yang diposting. Berikut adalah beberapa soalan yang paling popular dan juga jawapan. Lihat: http://astrobiology.nasa.gov/tanya-an-astrobiologist untuk set lengkap 20 top soalan.

1. Apakah jangkaan asal bahawa dunia akan berakhir pada Disember 2012?
Cerita ini bermula dengan mendakwa bahawa Nibiru, yang seharusnya planet ditemui oleh kaum Sumeria, akan menuju ke Bumi. Zecharia Sitchin, menulis fiksyen tentang peradaban Mesopotamia purba Sumeria, mendakwa dalam beberapa buku (misalnya,The twelfth Planet, diterbitkan tahun 1976) bahawa dia telah menemui dan menterjemahkan Sumeria dokumen yang mengenalpasti planet Nibiru ini, ia mengelilingi Matahari setiap 3.600 tahun. Dongeng Sumeria ini merangkumi cerita tentang "astronaut kuno" melawat Bumi daripada sebuah tamadun orang asing yang dikenali sebagai Anunnaki. Lalu Nancy Lieder, menyatakan dirinya seorang psikis mendakwa dia adalah perantara makhluk asing, telah menulis dalam laman webnya Zetatalk, bahawa penghuni planet di sekitar bintang Zeta Reticuli memberi amaran kepada beliau bahawa Bumi dalam bahaya kerana ancaman daripada Planet X atau Nibiru. Bencana ini pada awalnya diramalkan pada Mei 2003, tetapi ketika itu tidak ada apa yang terjadi, dan tarikh kiamat itu bergerak maju hingga Disember 2012. Hanya baru-baru ini dua fabel ini dikaitkan dengan akhir kalendar Maya menghitung musim sejuk yang panjang di Solstice pada tahun 2012 - maka dianggarkan hari kiamat tarikh 21 Disember 2012. (Untuk maklumat lanjut sila lihat:- http://en.wikipedia.org/wiki/2012_doomsday_prediction.

2. The Sumeria adalah tamadun pertama yang terbesar, dan mereka banyak membuat jangkaan tepat tentang astronomi, termasuk kewujudan planet Uranus, Neptun dan Pluto. Jadi mengapa seharusnya kita tidak percaya akan ramalan mereka tentang Nibiru?

Nibiru adalah salah satu nama dalam astrologi Babel(Babylonian) kadang-kadang dikaitkan dengan dewa Marduk. Nibiru muncul sebagai watak kecil dalam puisi ciptaan Babel Enuma Elish seperti yang tercatat di perpustakaan Assurbanipal, Raja Assyria (668-627 SM). Sumeria berkembang jauh lebih awal, dari sekitar abad ke-23 abad ke-17 SM. Mereka yakin bahawa Nibiru adalah sebuah planet dimana ia bertentangan dengan para sarjana yang (tidak seperti Zecharia Sitchin) mengkaji dan menterjemah nota bertulis daripada Mesopotamia purba. Sumeria memang tamadun yang besar, penting bagi pembangunan pertanian, pengurusan air, bandar kehidupan, dan terutamanya menulis. Namun, mereka meninggalkan sangat sedikit nota tentang astronomi. Tentu mereka tidak tahu tentang kewujudan Uranus, Neptun atau Pluto. Mereka juga tidak mempunyai pemahaman bahawa planet-planet mengelilingi Matahari, adalah idea dari Greece purba dua ribu tahun selepas akhir Sumeria. Tuntutan bahawa Sumeria mempunyai astronomi canggih, bahkan mempunyai tuhan yang bernama Nibiru, adalah produk daripada imaginasi Sitchin sahaja.

3. Bagaimana boleh anda menyangkal kewujudan Nibiru ketika IRA menjumpainya pada tahun 1983 dan cerita mengenainya muncul di akhbar terkemuka? Pada saat itu anda menyebutnya Planet X, dan kemudian Xena atau Eris.

IRA (Astronomi Inframerah NASA satelit, yang melakukan kajian di langit selama 10 bulan pada tahun 1983 dan menjumpai banyak sumber inframerah, namun tidak satu pun dari sumber itu adalah Nibiru atau Planet X atau benda lain di luar sistem tata surya.Secara ringkas, IRA mengkatalog 350.000 sumber inframerah, dan pada awalnya banyak daripada sumber-sumber ini yang tidak dikenalpasti. Semua pemerhatian ini telah diikuti mengikut kajian selanjutnya dengan instrumen yang lebih canggih baik di darat dan di ruang angkasa. Khabar angin mengenai sebuah "planet kesepuluh" meletus pada tahun 1984 selepas akhbar saintifik Astrophysical Journal Letters ini diterbitkan yang berjudul " sumber titik yang tidak dikenalpasti dalam kajian mini IRA", yang membahas beberapa sumber Inframerah.Tapi "objek misteri" ini ditemui di galaksi yang jauh (kecuali satu, dimana ia adalah seunting daripada "Inframerah cirrus"), yang diterbitkan pada tahun 1987.Tidak ada satu pun sumber IRA berubah menjadi sebuah planet.Ini bermakna bahawa Nibiru adalah sebuah mitos, tanpa asas fakta. Bagi pengamal astronomi, mendakwa tentang sebuah planet yang "menghampiri" tetapi "tak kelihatan" adalah sekadar bohongan.

4. Mungkin kita sepatutnya bertanyakan tentang Planet X atau Eris? Mengapa NASA merahsiakan orbit Eris?

"Planet X" merupakan oxymoron bila diterapkan pada objek sebenar. Istilah ini telah digunakan oleh para astronomi berabad lalu tentang objek yang berkemungkinan. Sekiranya sesuatu objek yang ditemui, maka ia akan diberi nama, seperti planet Pluto dan Eris, yang keduanya pada suatu masa disebut sebagai Planet X. Jika objek baru ternyata tidak nyata, atau bukan sebuah planet, maka anda tidak akan mendengar tentang hal itu lagi. Jika itu nyata, ia tidak akan disebut Planet X. Eris adalah salah satu daripada beberapa planet kerdil yang baru-baru ini ditemui oleh para astronomi di luar tata surya, kesemua daripada planet tersebut bergerak di atas orbit normal yang tidak akan mendekati Bumi. Seperti Pluto, Eris adalah lebih kecil dari bulan kita. Jaraknya sangat jauh, dan orbitnya tidak pernah mendekati dalam sekitar 4 bilion batu. Tiada rahsia tentang Eris dan orbitnya, kerana anda dengan mudah boleh mengesahkan dengan Googling di google search atau mencarinya di Wikipedia.
*Terjemahan tidak dapat dilanjutkan. Saya akan cuba terjemahkannya sehingga habis sekiranya berkesempatan. Terima kasih.
Artikel dalam bahasa inggeris boleh dimuat turun di bawah kategori konspirasi di sini muat turun

** Ulasan Dari Penulis(Azhar)

Perbahasan mengenai Hari Malang / Doomdays tahun 2012 banyak dilaporkan di internet dan akhbar-akhbar tempatan mahupun luar negara. Malah filem mengenainya sudah ditayangkan. Persoalannya sekarang apakah impaknya kepada umat islam tika ini? Makin hampirkah kita dengan Hari Kiamat? Sebahagian ada yang mengatakan "Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA".
Pernyataan seperti ini mungkin mengelirukan kita semua. Kenapa? Kalau kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Morrison seperti di atas, banyak bercanggah dengan apa yang diperkatakan dan difahami oleh orang ramai. Apakah agenda NASA ini? Seperti yang kita sedia maklum, USA aka Amerika ini mesti mempunyai agenda yang tersembunyi yang tidak kita ketahui. Mereka juga adalah agen yahudi. Pembohongan boleh dilakukan oleh mereka pada bila-bila masa. Kita mesti ingat tujuan mereka adalah untuk menghancurkan Islam. Mereka akan sedaya upaya cuba menyembunyikan fakta yang sebenar supaya umat Islam tidak bangkit dan masih tidur seperti yang berlaku di Malaysia ini.
Sama ada info-info yang didapati benar ataupun salah, apa yang wajib kita ketahui ialah mengenai hari Kiamat. Hari yang pasti dan tetap akan berlaku. Berdoalah kita supaya kita tergolong dikalangan orang yang dilindungi oleh Allah s.w.t bila sampainya kemusnahan dunia ini nanti. Subhanallah.....

Saturday, July 30, 2011

Ubi kangkang
Sejenis ubi berbentuk aneh telah dijumpai oleh seorang penduduk tempatan. Ubi tersebut dinamakan ubi kangkang kerana ia benar-benar menyerupai kaki seorang manusia yang sedang mengkangkang. Penemuan ini mencetuskan banyak tanda tanya dikalangan orang ramai, para pengkaji dan peminat mistik. Adakah penemuan ubi ganjil ini mempunyai kaitan dengan benda hidup atau pun yang telah mati.
Note: pelik betul ubi ni…tengok pun tak sanggup..yuks


ubi1 Ubi Kangkang  Pelik Betul

Saturday, July 16, 2011

GEOGRFI FIZIKAL FORM 6

1.1  PENDEKATAN SISTEM DAN CIRI-CIRI SISTEM ALAM SEKITAR FIZIKAL



1.1.1        Konsep Sistem

  • Alam sekitar fizikal sebagai sebuah sistem yang mempunyai set angkubah yang saling berinteraksi antara satu sama lain untuk sentiasa mencapai tahap keseimbangan.


  • Tenaga matahari penting sebagai penggerak seluruh operasi sitem berkenaan.Melalui tenaga ini seluruh unit di dalam system fizikal itu berfungsi dan bergerak untuk mencapai tahap keseimbangan.


  • Setiap system terbuka mempunyai tenaga dan bahan yang boleh keluar-masuk melintasi sempadan system berkenaan.

    



























1.1.2        Ciri-Ciri Sistem Alam Sekitar Fizikal

  • Mempunyai angkubah atau unsur-unsur yang berada dalam satu sempadan dan saling berinteraksi antara satu sama lain

      
  • Mempunyai bahan seperti air,gas,mineral yang boleh masuk dan keluar dari sempadan system tersebut.


  • Mempunyai tenaga yang boleh mengalir,masuk dan mengalir keluar dari sempadan system tersebut.


  • Kesemua angkubah di dalam sesebuah system sentiasa beroperasi untuk mencapai tahap keseimbangan yang lama.Jika tahap kestabilan system dicapai bermakna input tenaga dan bahan adalah sama dengan outputnya.


  • Mempunyai sempadan yang jelas dan boleh dibezakan dengan system yang lain.Berdasarkan sempadan ini sesebuah system boleh dikelaskan kepada system makro dan mikro.
























1.2  JENIS-JENIS SISTEM DAN INTERAKSI ANTARA SISTEM ALAM SEKITAR FIZIKAL



1.2.1        Jenis-jenis Sistem Alam Sekitar Fizikal

Terdapat 3 jenis system alam sekitar fizikal iaitu:

  • Sistem Terpencil :Sistem jenis ini mempunyai sempadan tertutup dan tidak membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan ke dalamnya.Sistem ini terdapat di dalam makmal sahaja.


  • Sistem Tertutup:Sistem ini mempunyai sempadan tertentu yang hanya membenarkan pertukaran tenaga sahaja tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan.
Contohnya bumi dengan matahari iaitu bumi menerima tenaga sahaja daripada matahari.


  • Sistem Terbuka:Sistem yang membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan menrusi sempadannya.Sistem ini akan bergerak dan beroperasi sampai ke tahap stabil.Sistem ini banyak terdapat di alam nyata.
Contohnya system cerun,system hutan


Sistem morfologi terdiri daripada cirri-ciri fizikal yang formal yang bergabung membentuk suatu bahagian fizikal yang beroperasi.Proses yang penting dalam system ini ialah jika sekiranya berlakun peubahan terhadap satu unsur maka unsur yang lain akan berubah mencapai keseimbanagan yang  baru.


Sistem berfungsi(system lata) bersifat sehala.Output bahan dan tenaga dari satu subsistem akan menjadi input kepada satu system yang lain.Wujud satu jujukan input-oputput yang berterusan.


Sitem berinteraktif(gabungan system berstruktur dengan system berfungsi) merupakan jalinan atau kombinasi antara system morfologi dan komponen system lata yang sama atau berkait rapat antara satu sama lain.








BIL
TOPIK
SISTEM BERSTRUKTUR
SISTEM BERFUNGSI
SISTEM BERINTERAKSI
1
Kaji cuaca/kaji iklim
Bentuk awan
ketinggian awan
ketebalan awan
Sejatan
Perluwapan
kerpasan
Tekanan rendah
Latitude tengah
2
Hidrologi
Storan pemintasan
Storan lembapan
Tanih
Storan saluran
Aliran sungai
banjir
3
Tanih
pH tanih
ketebalan tumbuhan
ketebalan tanih
Luluhawa
Kesotan tanih
pendoplozan
ekosistem
4
Geomorfologi
fluvial
Gradient cerun
Ketumpatan saliran
Gradient saluran
Golekan lelasan
Lembangan saliran
5
Pantai
Cerun pantai
Saiz partikal
Keluasan pantai
Damparan
Ombak undur
Biasan ombak
Tanjung-teluk
6
Glasier
Bentuk glasier
Aspek kori
Hakisan salji
Pergerakan hablur
Fasa iklim glasier
 Jadual menunjukkan beberapa contoh system berstruktur,system berfungsi dam system interaktif






















                             


1.2.2        Interaksi antara Sistem Alam Sekitar Fizikal



  • Keempat-empat system bumi ini saling berinteraksi antara satu sama lain sesuai dengan konsepnya sebagai system terbuka

  • Bermula kitaran hidrologi,proses sejatan berlaku di permukaan air seperti laut,diikuti oleh pemeluwapan dan kerpasan berlaku dalam sistem atmosfera

  • Proses pntasan/cegatan silara dari tumb7uh-tumbuhan yang berlaku dalam sistem ekologi

  • Larian air permukaan dan sub permukaan berlaku dalam sistem geomorfologi

  • Akhirnya proses rembesan,aliran air bawah tanah,akuifer yang membekalkan air kepada sungai,tasik,paya dan kolam

  • Ciri-ciri utama system bumi ialah kebolehannya melakukan pemulihan kendiri apabila komponen system tersebut menerima gangguan.Ia bertujuan untuk mencapai keseimbangan

  • Keseimbangan yang dicapai dinamakan sebagai keseimbangan dinamik iaitu bukan static



         

Monday, July 4, 2011

PASANGAN



Salam...............
lama x update blog....skg ni bru jari ni gatal nak mnaip

aku nak cerita pasal PASANGAN atau dlm bhsa org muda zaman kni yg dknali  sbgai  kapel.......

pada masa kini mudah sangat kita jumpa remaja mahupun kanak-kanak yang kononnya sudah ada pasangan atau kapel....hurmmm...skali tgok mcm best ....aku pun kdang2 mau mrasa mcm dorg...hurm....tp kadang2 x mau plak ada pasangan buat masa skarang.....antara sebab2 takmau:


a)duit
pempuan zman skg kbnyakannya mau cari laki yg bnyak duit......dorg hnya mau snang......kbnyakan pempuan mau laki yg ada duit untk blnja dorg tgok wyang,makan..etc......n 1 lg pmpuan skg mau cri laki yng ada kndraan spy snang kna bwa jln...skg ni jarang pmpuan mau nek bas sbb malu...low standard knun.....phhuiii.....so pgajaran wat aku n visitor blog aku ni kalau tak da duit atau pkrjaan yg mndtgkan duit...bek tak yah kapel....smpan duit untuk kgnan sndri lg bgus drpada blnja2 psangan msing2 coz buang duit jak tu,,,lgpun blum tntu SI DIA tu akan jadi bini..ntah2 d blakang2 bnyak lg psngan dia......hahahah

b)paras rupa
kbnyakan pmpuan zman skg mau laki yang hensem..kalau org tak hensem yg mgurat jarang kna layan.....tp lau org hensem yg mgurat pnyalah cpat tpikat.. lbh2 lg pmpuan skg ska laki ala2 korea....siap bg num hp or email fb trus....itulah msalah skg ni...smua tgk muka dlu sblum trima ssorg jd psangan...bknnya tgok agama atau prangai n dressing dlu...hurm.. ustaz ckpinilah tnda dunia mau kiamat....huhu

c)perangai
prgai pmpuan zman skg yg ska ikut gaya barat@moden mnjdkan sstgah pmpuan kurang ajar.....muka jak cntik t pprangai hampehh...so pgnjarannya nya prnagai kna la elok...jgn la gdik2 sgt...myampah bla tgok..

d)aurat
skg i ssah nak bzakan antra pmpuan muslim dgna bukan muslim...krana cra pmakaian sama....sorg wnta muslim WAJIB tutup aurat  tp ada yg tutup aurat pun mcm takguna jak coz pkai ketat2.....dlm islam org yg pkai mcm tu dianggap brbaju tp telanjang.......ssh mau cri wnta yg btul2 ikut syariat islam...n sapa yg dpt wnta yg ikut syariat islam ni mmg bruntung sgt2..hrap2 aku dpt psangan yg mcm ni....coz pmpuan yg tutup aurat n jual mahal  pmpuan yg aku idamkan....heheheheh

e)isi masa lapang
topik ni la pling lucu....zman skg ni bnyak yg bkapel untuk isi msa lapang jak@suka2....coz boring bla tkdayg ambil brat,tkda org caslling o sms.....haha....jd bla bosan mula la cri psngan untuk saling caring knun pdhal dlm hati.....tak ambil ksah pun kalau bpsah...mulut ckp manis tp hati pahit..hahah...pling mlang lg bla laki yg dpt psngan mcm ni...kahkah

SO... pda yg ingin cuba2 mncri psangan...fkirlah dlu msak2....pda yg ada sdh adapsgan n rsa bhagia n mcm kekal smpai ke jinjang plamin ruskan lah.....aku ni commemnt mcm ni pun bkn mau myalahkan sesiapacma prkongsian knyataan apa yg blaku msa kini.....mna yg buruk kita ubah..mn yg baik kta truskan ...ALLAH cptakan smua bnda dlm dunia ni bpasangan so x yah la smpai buat pkra bodoh untuk dptkan seseorang yang bergelar kekasih.......buat steady n cool jak...coz 1 hari nt pasti kta jmpa jodoh kita sma ada scra sgaja atau tidak sgaja n x dsangka2......

Friday, May 13, 2011

DALAM HIDUP KENA STEADY

Hidup ni kadang2 mudah dan kadang2 susah mudah. Tapi yang menjadikan ia susah adalah kita.

kenapa? Kita sendiri yang cari masalah, masalah cari kita dan kita juga yang sebenarnya punca masalah.

Bukan dari tangan kita, tapi muncul di minda kita. Salah kita sendiri sebab asyik fikir masalah, masalah, masalah.

Kuasa minda yang tersembunyi kekuatannya kita gunakan untuk menarik masalah. Kesannya, ada saja masalah yang timbul.

Hentikan sikap suka memikir masalah. Sebaliknya gunakan masa yang Anda ada untuk memikir penyelesaian dan cara bagaimana kita boleh memajukan diri dalam kerjaya, keluarga dan akhirnya kewangan kita.

Hidup perlu steady, relaks, be in control.

Sebab, andai kita menggelabah, panik dan bingung, sudah tentu apa jua masalah takkan selesai dan kita takkan mencapai apa-apa kemajuan. Jadi, tinggalkan sikap suka memikir masalah.

Tetapi, bina sikap sukakan kemajuan, sukakan kecemerlangan. Biar kita yang mengawal hidup kita.

Mula dari saat ini, kita perlu kawal fikiran kita. Perlu disiplinkan diri. Tiap kali dalam kepala start nak fikir masalah, hentikan lalu ubah cepat-cepat.

Fikir cemana nak majukan diri dulu, itu yang paling penting. Masalah, letak kat tepi.

Fikir kemajuan, Anda akan ditemukan dengan kemajuan. Ingat, kita adalah apa yang kita sentiasa fikirkan.

Banyak fikir kejayaan,barulah kita akan ditemukan dengan kejayaan!



fikir2kanlah.....tp aku sendiri pun tak buat apa yang aku bagitau dgan korg smua ni..hahaah


BIAR ROCKERZ ASAL BERAKAL

FOKUS+USAHA+PERSEDIAAN+PETANCANGAN+DOA+TAWAKAL

KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.
Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.
Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?
Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.
Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.
Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita.
Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.
Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.
Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)
Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.
Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat