Friday, December 20, 2013

Siapa Tulang Rusuk Kiri aku

Ketika aku sekolah
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Tulang rusuk kiriku siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
jelita atau bidakk.

Puas aku membayangkan,
Impikan gadis jelitawan,
Persis seorang bidadari kayangan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Tulang rusuk kiriku siapa?

Bagaimana hartanya,
Banglo atau pangsa,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Gucci,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan gadis hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku bekerja
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Tulang rusuk kiri aku siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan gadis budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi pemilik tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menjaga,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk menyunting pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalau tulang rusuk kiri ku ini ketahui,
Bertapa hinanya si pemunya rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga ku dipertemukan dengan tulang rusuk kiriku,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

Siapa Tulang Rusuk Kiri aku

Ketika aku sekolah
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Tulang rusuk kiriku siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
jelita atau bidakk.

Puas aku membayangkan,
Impikan gadis jelitawan,
Persis seorang bidadari kayangan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Tulang rusuk kiriku siapa?

Bagaimana hartanya,
Banglo atau pangsa,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Gucci,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan gadis hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku bekerja
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Tulang rusuk kiri aku siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan gadis budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi pemilik tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menjaga,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk menyunting pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalau tulang rusuk kiri ku ini ketahui,
Bertapa hinanya si pemunya rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga ku dipertemukan dengan tulang rusuk kiriku,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.