Monday, November 28, 2011

SISTEM BUMI

PROJEK GEOGRAFI
ALAM SEKITAR FIZIKAL PRA-U (STPM)
TEMA 1: SISTEM BUMI.
 BAB 1 : KONSEP, CIRI ,DAN JENIS ALAM
SEKITAR FIZIKAL.
BAB 2 : SISTEM SURIA DAN SISTEM BUMI.
BAB 3 : TENAGA DAN PERANANNYA KEPADA SISTEM BUMI.
NAMA PELAJAR :
1. NUUR RAFIDAH BINTI BAHARUDDIN.
(910407-14-5870)
2. NORFUZIATY BT MOHD FUAD.
(910207-14-5374)

TEMA 1
BAB 1: KONSEP,CIRI,DAN JENIS SISTEM ALAM SEKITAR
FIZIKAL.
SOALAN 1:
a) Huraikan jenis-jenis sistem alam fizikal. [10 markah]

b) Berdasarkan contoh-contoh tertentu,tunjukkan keadaan saling bergantung
antara sistem-sistem bumi. [15 markah]

Jawapan:
a) terdapat 3 jenis sistem alam sekitar fizikal iaitu:
 Sistem terpencil (isolated system): sistem jenis ini
mempunyai sempadan tertutup dan tidak membenarkan keluar masuk
tenaga dan bahan ke dalamnya.Siskem ini terdapat di dalam makmal
sahaja.
 Sistem tertutup (closed system): sistem ini mempunyai
sempadan tertentu yang hanya Membenarkan pertukaran tenaga sahaja
tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan.
Contohnya bumi dengan matahari iaitu bumi menerima tenaga sahaja daripada
matahari.
 Sistem terbuka (open system): sistem yang membenarkan
keluar masuk tenaga dan bahan Menerusi sempadannya. Sistem ini akan
bergerak dab beroperasi sampai ketahap stabil. Sistem Ini banyak
terdapat di alam nyata. Contohnya sistem cerun,sistem hutan dan lainlain.
b) Saling kebergantungan antara sistem-sistem bumi ialah:
Sistem bumi terdiri daripada empat sistem alam sekitar fizikal yang saling
berinteraksi dalam Hubungan yang kompleks iaitu sistem geomorfilogi,sistem
atmosfera,sistem ekologi dan sistem hidrologi. Sebarang perubahan atau gangguan
kepada sesebuah sistem akan turut mempengaruhi sistem-sistem Yang lain.
Contohnya saling kaitan dalam konteks kitaran hidrologi,proses sejatan berlaku di
permukaan air seperti laut,di ikuti pula oleh proses pemeluwapan dan kerpasan
berlaku dalam sistem atmosfera. Seterusnya proses pintasan/cegatan silara dari
tumbuh-tumbuhan yang berlaku dalam sistem ekologi. Air hujan yang turun akan
sampai ke permukaan sehingga berlaku proses larian permukaan dan proses Infitrasi
yang berlaku dalam sistem geomorfologi.
Akhirnya rembesan aliran air bawah tanah, kuifer yang membekalkan air kepada
sungai, tasik, kolam dan empangan dalam, sistem hidrologi. Dalam konteks ini sistem
hidrologi sendiri bertindak sebagai proses dan penyedia air manakala sistem-sistem
lain sebagai medium/bahantaranya kerana peringkat-peringkat dalam, kitaran
hidrologi akan melibatkan keempat-empat sistem tersebut.

Soalan 2:
a) Jelaskan maksud sistem dari sudut alam sekitar fizikal. [6 markah]
b) Huraikan cirri-ciri sistem alam sekitar fizikal. [7 markah]
c) Merujuk contoh-contoh yang khusus,tunjukkan kesan terhadap sistem-sistem
fizikal yang lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan. [12 markah
Jawapan:

a) Maksud sistem :
Sistem adalah satu set angkubah/pembolehubah atau unsurunsur/
objek/komponen-komponen Yang saling bertindak antara satu sama lain
sebagai satu keseluruhan yang kompleks untuk Mencapai keseimbangan bagi sesuatu
sistem.

b) Ciri-ciri sistem alam sekitar fizikal :
Sesuatu sistem itu mempunyai
 Objek-objek/komponen/pemboleh ubah/angkubah yang saling
berinteraksi antara satu sama lain.
 Mempunyai sempadan tertentu yang jelas dan boleh dibezakan dengan
sistem lain.
 Mempunyai jisim/bahan seperti air,mineral yang boleh keluar masuk
dari sempadan sistem tersebut.
 Mempunyai tenaga yang boleh mengalir,masuk dan keluar dari
sempadan sistem itu.
 Kesemua angkubah/objek berinteraksi untuk mencapai kestabilan/tahap
keseimbangan.
 Dinamik iaitu akan mengalami perubahan/tindakbalas ke atas
sesuatu gangguan untuk mencapai keseimbangan. Tidak balas dalam
sistem boleh bersifat positif atau negatif.

c) Kesan yang dialami oleh sistem-sistem fizikal lain apabila
sesuatu sistem mengalami perubahan
Contohnya : Pemanasan suhu global. Mekanisme kesan rumah hijau dan penipisan
lapisan ozon adalah gangguan kepada sistem atmosfera. Ini kerana bajet haba yang
diterima oleh bumi menjadi tidak seumbang.Bumi telah menerima lebihan bahangan
suria menyebakan suhu dunia meningkat.
Kesannya yang akan dialami oleh sistem geomorfologi apabila litupan ais benua dan
pergunungan Cair. membanjiri laut, menenggelamkan daratan yang rendah di
samping meningkatkan kadar hakisan Ombak.
Kesan lain ialah penenggelaman daratan akan memberi risiko besar kepada sistem
ekologi terutama Manusia untuk hidup,mendirikan petempatan dan menjalankan
aktiviti pertanian selain pemanasan global Juga menjejaskan kesihatan manusia
dengan pelbagai penyakit seperti barah kulit,katarak mata dan lain-lain. Disamping
itu, manusia akan sentiasa panas dan tidak selesa.

Soalan 3:
a) Bezakan konsep sistem terbuka dengan sistem tertutup. [6 markah]
b) Pilih satu jenis sistem terbuka :
1:Huraikan peranan tenaga suria terhadap sistem tersebut. [7 markah]
2:Terangkan kepentingan sistem yang anda pilih itu kepada sistem-sistem alam
sekitar fizikal yang lain. [12 markah]
Jawapan:

a) perbezaan antara sistem terbuka dengan suistem tertutup
Sistem terbuka mempunyai sempadan tertentu yang hanya
membenarkan pertukaran tenaga Sahaja tetapi tidak membenarkan
pertukaran bahan. Contohnya bumi dengan matahari iaitu bumi
menetima tenaga sahaja daripada matahari.
Sistem terbuka adalah sistem yang membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan
Menerusi sempadannya. Sistem ini akan bergerak dan beroperasi sampai ke tahap
stabil. Sistem ini banyak terdapat di alam nyata.Contohnya sistem cerun,sistem hutan
dan lain-lain.

b) Sistem terbuka dipilih contohnya dalam sebuah ekosistem hutan hujan
tropika.

Peranan tenaga suria terhadap sistem tersebut adalah:
1. Tenaga suria akan membekalkan tenaga untuk proses fotosintesis tenaga
itu Disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak dan asid
tumbuhan dalam daun, batang ,bunga, buah dan sebagainya.

2. Tumbuhan tersebut akan dimakan oleh haiwan lain melalui rantaian
Makanan dan memindahkan tenaga ke setiap komponen dalan ekosistem tersebut.

3. Tumbuhan-tumbuhan juga akan melakukan proses perpeluhan dan akan
tersejat peluhan ke atmosfera dengan adanya tenaga suria.

4. Tenaga suria juga akan menyejat air dari tasik,sungai dan tumbuhan melalui
proses sejat peluhan untuk membentuk wap air di atmosfera sehingga berkumpul
membentuk awan dan seterusnya menghasilkan hujan apabila berlaku pembebasan
haba pendam.

c) kepentingan ekosistem hutan hujan tropika kepada sistemsistem
alam sekitar fizikal yang lain ialah :

1. kepada sistem ekologi: Hutan hujan tropika
menjadi habitat kepelbagaian biologi khususnya
fauna seperti hidupan liar yang boleh hidup,
membesar dan membiak dengan sempurna di dalam
ekositem hutan yang stabil tanpa gangguan manusia.

2. Kepada sistem geomorfologi: Hutan hujan
tropika merupakan pelindung Daripada hakisan
tanah. Litupan tumbuhan melindungi tanih daripada
hakisan Percikan atau hempasan air hujan serta
mengurangkan kadar hakisan larian Air permukaan.
Sistem akarnya membantu mengurangkan hakisan
terutama Di cerun-cerun.

3. Kepada sistem hidrologi: Hutan berperanan
mengawal keseimbangan kitar Hidrologi iaitu
sebagai kawasan tadahan air yang akan menentukan
bekalan Air sungai, tasik, kolam, paya dan empangan
serta berfungsi menyerap air Masuk ke dalam tanah
melalui proses infiltrasi/susupan serta menjamin
bekalan air bawah tanah.

4. Kepada sistem atmosfera: Hutan tebal juga
berlakunya proses transpirasi Yang membebaskan
wap air keudara.Wap air ini akan tersejat ke
atmosfera Dan menjadi punca kepada kelembapan
udara dan seterusnya mengawal suhu Udara. Hutan
juga mengawal imbangan gas di udara apabila
menggunakan karbon Dioksida dan membebaskan
oksigen ke atmosfera.Selain itu hutan juga
berperanan mengurangkan kelajuan angin dengan
berkesan.

TEMA 1
BAB 2: SITEM BUMI
SOALAN STPM 2003:

a) Huraikan secara ringkas tentang sistem. [5 markah]
b) Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke sistem bumi sedikit tetapi
sudah cukup untuk menggerakkan sistem-sistem bumi. Jelaskan. [12markah]
c) Nyatakan peranan tenaga suria dalam mempengaruhi proses luluhawa. [8
markah]

Jawapan:
a) Sistem alam fizikal secara mudahnya boleh ditakrifkan sebagai
satu set angkubah atau unsur-unsur Yang saling bertindak atau
berhubung kait antara satu sama lain.Selain itu sesebuah sistem itu
juga Mempunyai tenaga dan bahan yang boleh masuk dan keluar dari
sistem tersebut. Tenaga khususnya Dari matahari penting sebagai
penggerak seluruh operasi sistem berkenaan. Dengan adanya tenaga
Inilah seluruh di dalam sistem fizikal itu berfungsi dan bergerak untuk
mencapai tahap keseimbangan (steady state system). Sistem-sistem
bumi juga mempunyai sempadannya sendiri du samping memiliki
sifat pemulihan kendiri (self regulation).

b) Matahari merupakan punca tenaga yang utama bagi
meneruskan kelangsungan proses dalam Sistem bumi. Peranan tenaga
suria kepada sistem bumi meliputi semua aspek seperti:
Kepada sistem suria
Semua proses dan fenomena dalam atmosfera bermula dengan
adanya tenaga haba dari Matahari. Tanpa tenaga haba, tindakan
angin, hujan atau kerpasan, ribut taufan,petir dan lain-lain Lagi
tidak akan berlaku. Sebagai contoh dalam proses kejadian hujan.
Bermula dengan tenaga Suria yang akan memanaskan permukaan
air seperti laut dan sungai. Tenaga haba yang Mencukupi di
perlukan untuk membolehkan wap-wap air naik ke udara proses
kondensasi Akan berlaku yang menunjukkan tenaga haba dalam
jisim udara tersebut semakin Berkurangan atau suhu di dalamnya
semakin rendah sehinggalah wap-wap air tadi tepu untuk Turun
sebagai hujan.
Begitu juga dengan angin, syarat yang membolehkan angin bertiup ialah ada
perbezaan Tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat perbezaan suhu
atau tenaga haba Di antara dua tempat. Mengikut hokum Boyle, apabila suhu tinggi
maka tekanan udara Menjadi rendah dan apabila suhu rendah,maka tekanan udara
menjadi tinggi. Angin akan bertiup Dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin
besar perbezaan tekanan ini maka angin Akan bertukar menjadi ribut, taufan,
tornando dan sebagainya.
Kepada sistem geomorfologi
Untuk membolehkan semua proses geomorfologi seperti
luluhawa, hakisan, pengangkutan Dan pemendapan berlaku mesti
ada tenaga haba dari sinar matahari. Tenaga ini akan bertukar
Kepada pelbagai bentuk khususnya tenaga potensi dan juga tenaga
kinetik. Kedua-dua tenaga inilah Yang menjadi penentu kepada
kelangsungan proses-proses geomorfologi di muka bumi ini.
Dalam proses luluhawa fizikal tenaga matahari (haba) diperlukan untuk
meningkatkan Dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam.
Perubahan tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi panas dan sejuk dan
seterusnya tersepai. Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga diperlukan untuk
membolehkannya beroperasi. Mengikut prinsip Vant Hoff Syarat mula luluhawa
bertindak ialah pada suhu 10 darjah Celsius maka kadar tindak balas kimia Batuan
akan meningkat dua atau tiga kali ganda.
Dalam proses hakisan pula,tenaga yang bertindak ialah tenaga kinetik yang
juga berasal daripada tenaga haba matahari yabg telah mengalami perubahan.
Semakin laju pergerakan Sama ada sungai,ombak,atau glasier maka tenaga kinetik
yang terhasil adalah tinggi dan ini Akan menyebabkan kadar hakisan juga menjadi
tinggi. Dalam hakisan glasier misalnya kadar Hakisan akan berganda pada musim
panas karana pada masa itu adalah banyak. Kecairan Glasier hanya berlaku apabila
mempunyai tenaga haba yang mencukupi.
Kepada sistem hidrologi
Kitar hidrologi biasanya dimulakan dengan proses sejatan
permukaan dan juga sejat peluhan Tumbuhan serta tanih. Untuk
memulakan proses dalam kitar hidrologi ini maka sejumlah tenaga
Matahari (haba) yang cukup diperlukan mengikut R.J CHORLEY
(1969) untuk memulakan Sejatan dipermukaan air laut,tasik dan
sungai memerlukan sejumlah 600 kalori tenaga haba Bagi 1 gram
air pada suhu 0 darjah Celsius dan 540 kalori tenaga haba bagi
setiap satu gram Air pada suhu 100 darjah Celsius. Hal ini
menunjukkan bahawa jumlah tenaga haba yang amat Tinggi
diperlukan bagi membolehkan kitar hidrologi bermula dan
berterusan.
Begitu juga dengan sejat-peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih.
Tumbuhan Memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi
membolehkan wap-wap Air terbebas menerusi liang romanya.Semakin tinggi tenaga
haba maka kadar transpirasi Semakin meningkat.Wap-wap air ini mengalami tukaran
adiabatic,proses pemeluwapan ,Menjadi tepu dan turun kembali ke bumi sebagai
kerpasan atau hujan.
Kepada sistem ekologi
Dalam konteks ekologi,kepentingan tenaga suria boleh di lihat
daripada dua aspek. Pertama Kepentingannya kepada ekosistem
dan kedua kepentingannya kepada tumbesaran
Tumbuhan dalam ekosistem tersebut. Ekosistem melibatkan rantaian makanan, untuk
membolehkan rantaian makanan dalam ekosistem berlaku ia mesti bermula dengan
bekalan Tenaga matahari yang cukup kepada tumbuhan yang bertindak sebagai
pengeluar. Tanpa Tenaga matahari tumbuhan tidak boleh melakukan proses
fotosintesis untuk membuat makanannya. Dengan perkataan lain,tanpa tenaga
matahari maka tumbuhan tidak akan wujud. Apabila Tumbuhan tidak wujud maka
rantaian makanan tidak mungkin boleh berlaku. Justeru Kepentingan tenaga suria
kepada ekosistem adalah diperingkat asas dan permulaan rantaian makanan.

c) Tenaga suria atau tenaga matahari amat penting dalam
menentukan keterusan proses luluhawa Kimia dan juga luluhawa
fizikal.Ini boleh dibuktikan seperti berikut:

Tindakan pemanasan batuan akibat pancaran matahari.
Dalam proses luluhawa fizikal tenaga matahari (haba) diperlukan untuk meningkatkan
dan menurunkan suhu Mengikut perubahan siang dan malam.Perubahan tenaga haba
ini menyebabkan batuan menjadi Panas dan sejuk dan seterusnya tersepai.Proses ini
dinamakan sebagai pengembangan dan Pengecutan.Di kawasan gurun panas.sinaran
matahari yang terik menyebabkan suhu lazim pada waktu siang ialah antara 35
darjah Celsius hingga 40 darjah Celsius sedangkan waktu Malamya menurun dengan
mendadak sehingga 5 darjah Celsius atau 0 darjah Celsius.

Perubahan suhu sekitar yang ekstrem ini akan turut mengimpak
batuan.Waktu siangnya suhu Tinggi akan memanaskan batuan sehingga mineralmineral
batuan mengalami pengembangan Manakala waktu malamnya pula suhu yang
sejuk akan menyejukkan batuan dan mineral batuan Akan mengalami pengecutan.
Pengembangan dan pengecutan yang berlaku berulang kali membolehkan Batuan itu
pecah dan tersepai dari jisim.

Tindakan ibun/fros.
Luluhawa fizikal ini berlaku di kawasan sederhana dunia yang
Mengalami empat musim.Pada musim sejuk, kerpasan seperti salji atau fros akan
memasuki Rekahan batuan dan membeku di dalamnya. Pembekuan air di dalam
rekahan ini akan menyebabkan Isi padunya bertambah sebanyak 10% dan
menambahkan kuasa tekanan sebanyak 140kg bagi setiap Satu sentimeter persegi luas
dinding rekahan batuan.Kesannya dinding rekahan mengalami
Ketegangan. Apabila tiba musim panas pancaran suria akan membekalkan tenaga
haba yang cukup Untuk mencairkan ais dalam rekahan batuan.Pencairan ais
membolehkan dinding rekahan Mengalami kenduran kerana tekanan ais semakin
berkurangan.Akibat proses beku-cair Yang berulang kali rekahan akan mengalami
ketegangan dan kenduran yang berulang kali Dan akhirnya pecah serta tersepai.

Tindakan garam.
Penghabluran garam ialah proses pemecahan batuan akibat Pembentukan hablur
garam di dalam rekahan dan rongga-rongga permukaan batuan. Kadar Sejatan yang
tinggi akibat cuaca panas yang melampau (sinar matahari yang terik) khususnya Di
kawasan gurun panas mampu menarik garam-garam galian dari dalam bumi naik ke
permukaan Melalui daya tarikan kapilari.Garam-garam galian yang naik ke
permukaan bumi ini adalah Dalam bentuk larutan.Apabila memasuki rekahan yang
hampir dengan permukaan bumi,air tersejat Ke udara meninggalkan garam-garam
galian di dalam rekahan-rekahan tersebut. proses yang berterusan Garam galian akan
bertambah besar membentuk hablur yang keras.Pembesaran hablur garam Akan
menimbulkan kuasa tekanan dan ketegangan ke atas dinding-dinding rekahan
sehinggalah Rekahan menjadi luas,dalam dan seterusnya pecah tersepai.

Begitu juga dengan luluhawa kimia, suria yang membekalkan tenaga haba amat
Diperlukan untuk membolehkan luluhawa kimia beroperasi.Mengikut prinsip
Vant hoff Syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah pada 10 darjah Celsius dan
setiap kali suhu Meningkat sebanyak 10 darjah Celsius maka kadar tindak balas kimia
batuan akan turut Meningkat dua atau tiga kali ganda.Dengan adanya tenaga suria
yang cukup maka luluhawa Kimia boleh beroperasi dengan berkesan sekali.


SOALAN STPM 1999:
a) Bagaimanakah tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi?
[5 markah]
b) Huraikan ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya
musim ekuinoks. [10 markah]
c) Jelaskan kesan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap
manusia. [10 markah]

Jawapan:
a) Tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi melalui dua cara:
 Pemindahan tenaga haba melalui bahangan
matahari.bahangan matahari akan di tapis Diserap, diserak,
dipantul oleh lapisan ozon, lapisan atmosfera dan partikel-partikel
Dalam udara.
 Pemindahan tenaga haba secara gelombang electromagnet
dan cahaya.

b) Keadaan berlakunya ekuinoks-panjang antara siang dan malam adalah sama di
semua tempat.
Ciri-ciri di permukaan bumi semasa ekuinoks:
1. Pancaran matahari waktu tengah hari tepat di atas garisan
Khatulistiwa pada 21 mac Dan 23 september.
2. Tenaga matahari maksimum di terima di kawasan
Khatulistiwa.
3. Terjadinya musim bunga di kawasan iklim sederhana.
4. Terjadinya musim luruh di kawasan iklim sederhana.
5. Kedua-dua kutub menerima cahaya matahari.
6. Perubahan tekanan udara menyebabkan perubahan tiupan
angin dan juga hujan.

d) Kesan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon
terhadap manusia:
1. Kesan kepada kulit –menjadi gelap dan
terbakar.Pendedahan yang begitu lama Boleh menyebabkan
barah kulit.
2. Kesan kepada mata –merosakkan penglihatan
manusia/penyakit katarak mata.
3. Melemahkan sistem pelalian manusia (Imunisasi)
4. Kehilangan air badan sescara berlebihan.
5. Mempengaruhi genetic manusia-menyebabkan
kecacatan.
6. Kekurangan sumber makanan-akibat
perubahan/kekurangan pembentukan
Zooplankton,fitoplankton dan lain-lain.
7. Mengehadkan luar rumah akibat pemanasan global
seperti aktiviti riadah.

SOALAN 3:
a) Namakan lapan planet yang terdapat dalam sistem suria. [8 markah]
b) Kenapakah bumi dikatakan sebagai sebuah planet yang hidup.[7 markah]
c) Huraikan lima kesan yang berlaku akibat putaran dan peredaran bumi.
[10 markah]

Jawapan:
a) 8 planet yang terdapat dalam sistem suria ialah:
 Utarid
 Zuhrah
 Bumi
 Marikh
 Musytari
 Zuhal
 Uranus
 Neptun

b) Bumi dikatakan sebagai sebuah planet hidup kerana planet ini mempunyai tenaga
dari matahari. Tenaga ialah satu daya atau kemampuan untuk mengoperasi kerja atau
menghasilkan sesuatu. Tenaga terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tenaga haba,
tenaga kinetik, tenaga potensi, Tenaga kimia dan tenaga elektrik.Tenaga bukan
sahaja penting untuk manusia dan binatang Malah ia amat penting bagi sistem bumi.

Terdapat 4 komponen yang penting dalam sistem bumi iaitu komponen
atmosfera, Litosfera, hidrosfera, dan biosfera yang menyebabkan bumi dipanggil
sebuah planet hidup. Atmosfera adalah lapisan udara di sekeliling bumi.Ketebalannya
dianggarkan melebihi 1000km Dan terbahagi kepada beberapa lapisan iaitu
troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera’ Ionosfera dan eksosfera. Setiap
lapisan ini berbeza di antara satu sama lain yang menjadi tempat Berlangsungnya
pelbagai fenomena iklim serta cuaca. Komponen kedua ialah hidrosfera.Hidrosfera
ialah semua bahagian bumi yang Mengandungi air seperti laut, tasik, paya, kolam dan
sungai. Kira-kira 70% daripada keseluruhan Muka bumi adalah terdiri daripada
komponen hidrosfera ini.Komponen ini amat penting kepada Sistem bumi seperti
membekalkan air hujan,menyerdahanakan suhu sekitar, mewujudkan
Ekosistem maritime dan lain-lain lagi di planet ini sehingga ia dikatakan sebuah
planet yang Hidup.

Komponen ketiga ialah litosfera.Litosfera atau kerak bumi merupakan
lapisan luar Bumi yang sangat pejal.Komposisi utama litosfera ialah batuan yang
terdiri daripada pelbagai Sifat kimia dan fizikal yang menyebabkan keanekaan rupa
bentuk muka bumi di litosfera. Komponen ini penting sebagai pentas untuk segala
hidupan menjadikannya habitat semla jadi dan untuk melakukan aktiviti
pertanian,perlombongan,membina petempatan dan sebagainya.

d) 5 kesan yang berlaku akibat putaran dan peredaran bumi ialah:
 Kejadian siang dan malam berlaku disebabkan
putaran bumi di atas paksinya yang condong
Pada sudut 23.5 darjah pada satah tegak.Bumi berputar dari barat ke timur.Hal ini
Menyebabkan matahari kelihatan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah
barat.

Satu putaran bumi mengambil masa 24 jam.Semasa berputar permukaan bumi yang
Menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan bumi yang
terlindung
Akan mengalami malam.

 Fenomena pasang surut air laut juga berlaku kerana
putaran bumi.Pasang surut air Laut merujuk kepada kejadian
aras air tinggi dan aras air rendah di laut. Tarikan Graviti
bulan akan menarik air laut ke permukaan bumi yang
menghadap ke bulan Menyebabkan kawasan barat dan timur
bumi mengalami pertambahan air laut atau Pasang manakala
pada masa yang sama bahagian utara dan selatan bumi
mengalami Penurunan air laut atau air surut.Kedudukan air
pasang dan surut ini akan berubah apabila Kedudukan bulan
berada di utara atau bumi dan pada masa itu bahagian barat
dan Timur bumi akan mengalami air surut manakala bahagian
utara da selatan bumi mengalami Air pasang.

 Kejadian empat musim dan kejadian gerhana pula
berlaku kerana bumi beredar Mengelilingi matahari dalam
orbitnya.Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut Arah
lawan jam.Satu edaran bumi yang lengkap mengambil masa
satu tahun. Kejadian empat musim terdiri daripada musim
bunga, musim panas, musim luruh dan musim Sejuk. Kejadian
empat musim berlaku apabila perubahan ketinggian matahari
sama Ada di garisan khatulistiwa, sartan dan jadi pada tarikhtarikh
yang tertentu.

 Kejadian gerhana berlaku apabila kedudukan
bulan,matahari dan bumi berada pada Satu satah mendatar
yang sama. Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di
antara Matahari dengan bulan maka bayangan bumi akan jatuh
pada bulan kerana cahaya Matahari telah dihalang oleh
bumi.Namun begitu, gerhana bulan berlaku secara beransuransur
Iaitu daripada gerhana bulan 2/3 menjadi gerhana bulan
1/3,gerhana bulan penuh Dan kejadian gerhana bulan ini akan
berulang-ulang. Gerhana matahari pula berlaku Apabila bulan
berada di antara matahari dengan bumi maka bayangan bulan
akan jatuh Pada permukaan bumi. Cahaya matahari yang
terlindung oleh bulan menyebabkan Bayangan bulan akan
jatuh pada permukaan bumi.

SOALAN 4 :
a) Nyatakan lima sebab bumi hanya mendapat sebahagian kecil sahaja
daripada keseluruhan tenaga matahari. [5 markah]
b) Mengapakah sesetengah kawasan mengalami musim panas dan sejuk
tetapi tidak berlaku di sesetengah kawasan yang lain? [10 markah]
c) Terangkan bagaimana pengaruh matahari menentukan kegiatan pertanian
di kawasan tropika lembap. [10 markah]

Jawapan:
a) Lima sebab bumi hanya mendapat sebahagian kecil sahaja daripada
keseluruhan tenaga matahari ialah:
I. Bumi berbentuk sfera
II. Bumi berputar pada paksinya
III. Bumi beredar mengelilingi matahari
IV. Kedudukan bulan dan matahari
V. Jarak di antara bumi dengan matahari

b) Sesetengah kawasan mengalami musim panas dan sejuk tetapi tidak di sesetengah
kawasan yang lain kerana perbezaan jumlah tenaga suria yang di terima oleh sesuatu
permukaan. Terdapat factor yang mempengaruhi kadar penerimaan tenaga suria yang
berbeza-beza Oleh permukaan bumi.

Tempoh masa antara siang dan malam di kawasan yang berlainan Iklim.
Dikawasan khatulistiwa beza antara masa siang dan malamnya tidak ketara Ini
menyebabkan ia sentiasa menerima tenaga suria yang konstan dan sentiasa Tinggi
sepanjang tahun.Hal ini amat berbeza dengan kawasan kutub. Pada ketika Tertentu
tempoh siang dan malamnya adalah 24 jam.Begitu juga dengan kawasan yang
Mengalami empat musim seperti iklim sederhana,siang lebih panjang pada musim
panas dan Menjadi singkat pada waktu sejuk.Hal ini menyebabkan jumlah tenaga
suria yang Di terima antara masa siang dan malam,antara musim panas dan sejuk
adalah berbeza.

Faktor komposisi, ketebalan dan kelutsinaran lapisan atmosfera di sesuatu
Tempat.
Lapisan ini boleh menyekat antara 10% hingga 75% sinar suria dari terus ke bumi.
Hal ini bergantung kepada komposisi,ketebalan dan kelutsinarannya.Sebagai contoh
Kawasan gurun panas yang memiliki lapisan atmosfera yang nipis hanya mampu
menyekat, menyerap. Menyerak dan memantul sinar suria dengan kadar yang
minimum. Kesannya Kawasan gurun panas menerima tenaga suria dengan kadar yang
tinggi pada waktu malam Manakala pada waktu siang suhu gurun akan turun dengan
mendadak kerana lapisan Atmosfera yang nipis tidak mampu menghalang bahangan
bumi daripada terus lesap ke Angkasa.

Faktor pancaran sinar suria.
Kawasan yang menerima sinar suria secara sudut Tepat (90 darjah) ia akan menerima
tenaga haba yang tinggi kerana sudut tepat akan Menyebabkan pancaran tertumpu
berbanding dengan sudut serong yang mempunyai Pancaran tersebar dan tenaga
matahari juga turut tersebar.Sudut serong menyebabkan tenaga Suria mengambil masa
yang lama untuk sampai ke permukaan bumi dan jaraknya menjadi Lebih jauh.Hal ini
menyebabkan tenaga suria tersebut lebih banyak hilang menerusi serakan, Balikan,
serapan dan pantulan atmosfera.

Faktor perihelion dan aphelion.
Ketika bumi beredar mengeliling matahari Dalam orbit bujurnya maka terdapat jarak
yang berbeza pada lokasi yang berbeza Antara bumi dengan matahari.Pada jarak
yang lebih dekat,ia dikenali sebagai perihelion Maka bumi akan menerima banyak
tenaga suria manakala pada jarak yang jauh dikenali Sebagai afelion pada jarak ini
bumi akan menerima jumlah tenaga suria yang sedikit.

Faktor ciri litupan permukaan bumi yang berbeza.
Kadar resapan dan Pembalikan bahangan matahari yang dialami oleh litupan tersebut
adalah berbeza-beza Ciri-ciri muka bumi ditentukan oleh tekstur,warna dan struktur
permukaan, komposisi Mineral,ketebalan dan jenis litupan dan juga aspek.Warna
permukaan yang gelap seperti Hutan, batuan lebih banyak menyerap sinar suria
berbanding dengan permukaan yang cerah Seperti salji. Muka bumi yang bertekstur
kasar dan kasap lebih banyak menyerap haba Berbanding dengan permukaan bumi
yang licin dan rata. Permukaan yang menghadap matahari pula akan menerima
tenaga suria yang banyak berbanding dengan permukaan bumi yang Terlindung atau
membelakanginya.

b) Matahari berpengaruh menentukan kegiatan pertanian dikawasan tropika lembap
kerana ia amat penting untuk kegiatan pertanian. Membolehkan aktiviti pertanian
dijalankan sepanjang tahun. Hal ini kerana tanaman mendapat bekalan tenaga
matahari yang cukup untuk menjalankan proses fotosintesis berlaku sepenuhnya.
Tanaman yang ditanam misalnya padi sawah mendapat bekalan tenaga matahari
yang cukup untuk melakukan proses fotosintesis bagi membolehkan ia membuat
makanan,tumbuh,membesar,berbuah dan matang tepat pada masanya. Selain itu
proses fotosintesis yang cukup,menjamin pokok-pokok dengan subur dan proses
tumbesaran yang tidak terencat. Hasil-hasil pertanian seperti padi sawah juga dapat
dituai dan dikeringkan pada Musim panas ketika sinaran matahari yang terik.Sinaran
matahari tepat dengan masa Penuaiannya. Hal ini mempercepatkan kerja-kerja
pengutipan hasil tanpa gangguan. Proses sejat peluhan(evapotranspiration) berlaku
dengan sempurna kerana Mendapat bekalan tenaga matahari yang cukup.Tanaman
tidak mengalami masalah Lebihan atau kekurangan air. Tenaga matahari
membolehkan tumbuhan dan tanaman Membebaskan wap-wap air menerusi proses
transpirasi.Wap-wap air tersebut dibebaskanMelalui liang stomata daun.
Proses penanaman semula boleh dijalankan selepas penuaian seperti pembakaran
Jerami padi,dan sisa tebu kerana cuaca panas dari matahari memudahkan
pembakaranSisa tersebut untuk membolehkan musim penanaman yang baru
dimulakan.

Selain itu,bekalan tenaga matahari yang cukup menyebabkan petani tidak Perlu
membina “rumah kaca”untuk memerangkap tenaga bagi membolehkan tanaman
Seperti sayuran hidup dan membesar.Hal ini dapat menjimatkan kos pengeluaran
Pertanian.

TEMA 1
BAB 3: TENAGA DAN PERANANNYA KEPADA SISTEM BUMI
SOALAN 1 :
a) Nyatakan enam pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan manusia di bumi.
[6 markah]
b) Mengapakah pada masa kini sistem bumi didapati menerima tenaga suria
yang berlebihan? [9 markah]
c) Huraikan lima kesan negatif terhadap sistem dan hidupan di bumi apabila
ia terpaksa menerima tenaga suria berlebihan. [10 markah]
Jawapan:

a) Enam pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan manusia di bumi ialah:
I. Penternakan – membolehkan kegiatan pindah ternak (transhumance) pada
Musim panas ternakan dibiarkan meragut bebas sementara pada musim sejuk
Lembu dikurung dalam kandang.
II. Pertanian – tenaga suria akan mempengaruhi bilangan hari-hari untuk bertani.
Biasanya tanaman padi perlu musim panas untuk padi masak dan menuai.
Kegiatan penanaman sayuran dapat dijalankan sepanjang tahun.
III. Pelancongan – musim panas dan musim sejuk.
IV. Pembalakan – musim salji dikawasan sederhana.
V. Perlombongan – kawasan khatulistiwa berbeza dengan kutub kerana kegiatan dapat
Dijalankan sepanjang tahun.
VI. Aktiviti sosial – pakaian dan tempat tinggal.

b) Pada masa kini sistem bumi didapati menerima tenaga suria yang berlebihan
kerana:
Sinaran matahari dapat menembusi ruang atmosfera dengan lebih banyak kerana
berlaku Penipisan lapisan ozon menyebabkan bahang matahari sampai lebih banyak
ke bumi. Bahang bumi tidak dapat dikeluarkan ke angkasa kerana pelbagai gas
pencemar di atmosfera Menyekat bahang bumi dibebaskan.Ini menyebabkan berlaku
lebihan bahangan di ruang Atmosfera bumi.

c) Kesan lebihan tenaga suria terhadap sistem bumi dan kehidupan manusia:
I. Peningkatan suhu global – mencairkan ais kutub dan
menenggelamkan kawasan rendah serta meningkatkan kadar
hakisan ombak.
II. Peningkatan kemasukan pancaran ultraungu – memberi kesan
kepada kulit iaitu Kulit menjadi gelap dan pendedahan yang lama
akan menyebabkan barah kulit.
III. Kekurangan sumber makanan akibat perubahan suhu –
mengurangkan
Pembentukan plankton seterusnya mengurangkan jumlah ikan dan hasil laut.
IV. Menghadkan aktiviti luar rumah – pemanasan akan
menjadikan keadaan rimas, Panas dan tidak selesa.
V. Kehilangan air daripada sistem badan berlaku dengan lebih cepat atau
berlebihan.
VI. Peningkatan pancaran ultraungu – melemahkan sistem pelalian manusia dan
mempengaruhi Genetic sehingga menyebabkan kecacatan.

SOALAN 2 :
a) Jelaskan perbezaan tenaga endogenik dan eksogenik. [6 markah]
b) Tunjukkan empat kepentingan tenaga eksigenik terhadap sistem-sistem
bumi. [9 markah]
c) Jelaskan pengaruh permukaan bumi terhadap nilai albedo tenaga suria.
[10 markah]

Jawapan :
a) Perbezaan tenaga endogenik dan tenaga eksogenik :
 Tenaga eksogenik ialah tenaga dalaman yang berpunca
dari dalam bumi seperti Tenaga gravity radiogenik dan tenaga
haba yang amat penting untuk proses Tektonik kerak bumi
seperti gempa bumi,gunung berapi, lipatan,gelinciran dan
Sebagainya.Tenaga endogenik termasuklah tenaga seismik
(gempa bumi), Tenaga vulkanik (gunung berapi) dan tenaga
atomic daripada galian plutonium, Uranium dan lain-lain.

 Tenaga eksogenik ialah tenaga yang berpunca dari luar
bumi iaitu tenaga matahari Yang akan digunakan oleh
hidupan di bumi dengan menukarkam kepada Bentuk tenaga
lain seperti kima, kinetik dan potensi.

b) Empat kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem bumi ialah:

 SISTEM ATMOSFERA – tenaga suria diperlukan
untuk memanaskan permukaan Air bagi membolehkan air
tersejat menjadi wap air. Semakin tinggi wap air naik ke udara
proses kondensasi berlaku dan akhirnya turun sebagai hujan.

 SISTEM GEOMORFOLOGI – Dalam luluhawa
fizikal tenaga suria diperlukan Untuk meningkatkan suhu dan
menurunkan suhu memgikut perubahan siang dan Malam
sehingga menyebabkan batuan pecah.

 SISTEM HIDROLOGI – Untuk memulakan prosesproses
dalam kitaran hirologi seperti sejat peluhan tenaga
matahari diperlukan misalnya sejumlah 600 kalori Tenaga
baba bagi setiap 1 gm air pada suhu 0 darjah.

 SISTEM EKOLOGI – Tenaga suria penting untuk
tumbesaran tumbuhan karana proses Fotosintesis memerlukan
bekalan tenaga suria yang cukup kepada tumbuhan yang
Bertindak sebagai pengeluar.

d) Pengaruh permukaan bumi terhadap nilai albedo tenaga
suria ialah:

 bumi Warna permukaan yang gelap seperti hutan,
batuan, permukaan bertar lebih banyak menyerap tenaga suria
berbanding permukaan yang cerah seperti salji yang lebih
banyak membalikkan tenaga suria. Ini menyebabkan nilai
albedo atau pembalikan tenaga suria oleh permukaan bumi
adalah berbeza-beza.

 Permukaan bumi yang bertekstur kasar seperti
permukaan bertar dan dinding konkrit Adalah lebih banyak
menyerap haba berbanding permukaan yang rata dan licin.

 Struktur bumi yang mendatar lebih banyak menerina
haba berbanding dengan struktur Permukaan yang tegak.

 Daratan dan air.Daratan lebih cepat panas dan cepat
sejuk berbanding air.

SOALAN 3 :
a) Nyatakan lima kesan lebihan bahangan matahari yang diterima oleh bumi
akibat pwnipisan lapisan ozon. [5 markah]
b) Mengapakah terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan
bumi? [10 markah]
c) Jelaskan lima kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan
menerima lebihan tenaga eksogenik. [10 markah]

Jawapan:
a) lima kesan lebihan bahagian matahari yang diterima oleh bumi akibat
penipisan lapisan ozon.

 Kesan kepada kulit – menjadi gelap dan
terbakar.Pendedahan yang begitu lama Boleh menyebabkan
barah kulit yang berpunca daripada menerima sinar UV(ultra
violet) yang berlebihan. Sel-sel kulit akan mati.

 Kesan kepada mata – merosakkan penglihatan
manusia (penyakit) katarak mata) Retina mata akan rosak
apabila dipaksa menerima lebihan pancaran matahari.

 Melemahkan sistem pelalian manusia – juga
berpunca daripada penerimaan
Sinar UV yang berlebihan.

 Kehilangan air badan secara berlebihan – badan
cepat berpeluh akibat peningkatan Metabolisme yang
berpunca daripada cuaca panas.kehilangan tenaga/kelesuan
Yang kelak memudaratkan kesihatan manusia.

 Mempengaruhi genetic manusia – menyebabkan
kecacatan yang berpunca daripada radiasi bahangan matahari
secara berlebihan.

 Kekurangan sumber makanan – akibat
perubahan/kekurangan pembentukan
Zooplankton dan lain-lain.Tumbuhan menjadi layu,proses fotosintesis sukar di
jalankan, Spesies ikan kurang membiak dan mungkin berhijrah ke kawasan lain akibat
cuaca yang Terlalu panas.

 Mengehadkan aktiviti di luar rumah akibat
pemanasan global – boleh menyebabkan Fenomena lain
seperti jerebu yang mengganggu aktiviti dan membahayakan
kesihatan
Manusia.

b) Terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi kerana:

 Warna permukaan bumi – permukaan cerah kadar
penyerapan bahangan Matahari adalah rendah manakala
permukaan gelap mampu menyerap bahanganMatahari yang
tinggi.

 Struktur permukaan bumi – permukaan bumi yang
mengandungi binaan bangunan Daripada konkrit dan
simen,kadar penyerapan bahangan matahari adalah tinggi.
Permukaan bumi yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan
hijau pula kadar penyerapan bahangan matahari adalah
rendah.

 Kandungan mineral dalam batuan – batuan yang
mengandungi ferum akan berwarna hitam keperangan
menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari adalah
tinggi.Batuan yang terdiri daripada batu kapur berwarna putih
menyebabkan kadar Penyerapan bahangan matahari adalah
rendah.

 Aspek/kedudukan permukaan bumi – merujuk
kepada kedudukan permukaan Bumi sama ada berhadapan
dengan pancaran matahari atau membelakangi pancaran
Matahari.Permukaan bumi berhadapan dengan pancaran
matahari secara terus akan menyerap bahangan matahari yang
banyak berbanding permukaan bumi yang terlindung Tidak
dapat menyerap bahangan matahari.

 Tekstur permukaan – permukaan bumi yang kasar
mampu menyerap bahangan Matahari yang banyak
berbanding permukaan bumi bertekstur halus. Permukaan
Tanah yang lembap pula lambat menyerap bahangan matahari
berbanding permukaan Tanah kering.

c) Lima kesan terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan menerima
lebihan tenaga eksogenik ialah:

-Fenomena penggurunan: saiz kawasan gurun semakin besar akibat cuaca dan
persekitaran di kawasan gurun semakin kering-kontang,tandus dan gersang.Prosesproses
luluhawa fizikal serta hakisan layangan angin semakin dominan.
-Pencairan ais kutub: misalnya litupan ais antartika dan Greenland.Pencairan ini
menyebabkan kenaikan aras laut serta risiko daratan yang rendah tenggelam.
-Menggiatkan proses hakisan glasier dan runtuhan salji di kawasan pergunungan
tinggikerana litupan ais dan salji akan mengalami pencairan yang hebat.
-Banjir laut: Peningkatan paras laut yang menyebabkan kadar hakisan pantai
meningkat/ saiz pantai semakin sempit.
-Peningkatan kadar luluhawa fizikal: Pemanasan batuan yang menyebabkan
batuan mudah pecah dan tersepai.

Saturday, November 26, 2011

MARAH

MY SIS ANGRY WITH ME......IM SORRY LAA

Tuesday, November 15, 2011

Peluang Terakhir...

21.11.2011 itulah tarikh yg mendebarkan buat semua calon stpm seluruh Malaysia termasuklah diri aku sendiri....

setelah kecundang SPM aku amat menghharapkan aku boleh menebusnya kembali dalam STPM ini tapi dengan usaha aku yang tak seberapa aku tidak yakin bahawa aku boleh melakukannya...aku takut jika tidak dapatmemasuki universiti....


semua ahli keluarga aku mengharapkan aku berjaya.......aku tidak yakin aku boleh buat.......aku harap aku dapat memasuki universiti...


tapi sekiranya aku gagal sekali lagi...aku tidak tahu nak buat apa lagi....
aku tidak dapat simpan perasaan hati dan luahan hati aku ini sebab terlalu banyak mperkara sudah yang aku simpan dan aku tidak mampu menampungnya lagi menyebabkan blog ini menjadi mangsa luahan hati aku......


aku berharap Tuhan memberi aku peluang untuk berjaya dalam pepriksaan ini seterusnya berjaya dalam apa bidang yang aku ceburi..

salam

Thursday, November 3, 2011

SOALAN RAMALAN BM KARANGAN STPM 2011

Isu yang Dicadangkan Pada Tahun 2011
Isu yang disenaraikan di bawah belum pernah dikemkakan lagi dalam peperiksaan STPM dari tahun 2002 hinggalah tahun 2010. Oleh itu, isu yang disenaraikan di bawah ini bolehlah dijadikan latihan untuk menulis karangan. Dengan berdasarkan analisis isu tersebut, terdapat juga isu yang dikemukakan sebanyak dua kali iaitu perpaduan kaum. Selain isu yang dicadangkan di bawah, cubalah isu-isu lain yang boleh dibincangkan dengan guru dan rakan.
1. Pemanasan Global - Faktor, kesan dan langkah untuk mengatasinya.
2. Penganjuran Sukan Peringkat Antarabangsa - Kepentingannya
3. Bangunan atau Tempat Bersejarah - Kepentingan dan usaha untuk mengekalkannya
4. Masalah Bencana Alam - Kesan dan usaha untuk membantu mangsa
5. Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan - Kepentingan dan usaha yang dijalankan
6. Perniagaan Internet - Kepentingannya
7. Jenayah Ragut - Langkah untuk menanganinya
8. Penggunaan Kad Kredit - Kepentingan dan langkah untuk mengawal penggunaannya.
9. Masalah Perumahan - Kesan dan langkah untuk mengatasinya
10. Penyakit kanser - Kesan dan usaha-usaha untuk menanganinya
11. Sekolah Kluster - Kepentingannya
12. Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah - Punca dan usaha untuk menanganinya
13. Pelaburan Asing - Kepentingan dan usaha untuk menarik pelaburan asing
14. Pengangkutan Awam - Kelebihan dan usaha untuk menggalakkan penggunaannya
15. Perubatan Alternatif - Kepentingannya
16. Kes Penculikan Kanak-kanak - Langkah-langkah untuk menanganinya
17. Adat Resam - Kepentingan dan usaha untuk mengekalkannya
18. Orang Gaji Asing - Masalah dan usaha untuk mengatasinya
19. Pertanian Moden - Kepentingan dan usaha untuk memajukannya
20. Kebanjiran Drama Bersiri Asing - Kesan dan usaha untuk mengawalnya