Monday, October 31, 2011

PERASAAN SEKARANG

LEGA
TENANG
PUAS HATI
MALU
TAKUT..........

Saturday, October 15, 2011

KAWAN


SALAM SEMUA



Cuba kamu try pejam mata & berfikir sejenak.....pernakah kmu merasa dihargai & pernakah kmu mghrgai sseorg? ..aku hidup 19 tahun sdh dan slama aku hdup ni aku dh prnh rsa dhargai & tk dhrgai...........mmg best dhrgai pbla spttnya kta dhrgai & rsa sakit bla ssuatu yg kta buat ptut dhrgai tpi x dhrgai.....ditolak sana sini,,dibiar tanpa erti.....KAWAN itu la individu ketiga yg ptut dprcyai slepas ALLAH dan keluarga bgi aku......

Dalam bahasa Melayu ada peribahasa yang menyebut ''Orang berbudi kita berbahasa'' & ''buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat''........cuba fikir lg..selama mana kmu sntiasa nak menjadi orang yg mnerima budi & menerima layanan baik drpda insan yg brgelar kawan? ....sampai bila mau jd mcm ni?.....Cuba la menjadi org yg mmberi budi & layanan yg baik kpd org lain sbb dalam Islam sndri ada mnyebut ''memberi adalah lebih baik daripada menerima''..bagi aku klau korg nk rsa erti budi dan rasa adakah budi anda itu dhrgai cubalah sndri mnabur budi kpd org lain....lepas tu korg lihat n nilai la sndri...Kalau budi tu tk dhrgai jangan cepat melatah.Cuba kmbali pada diri sendiri,adakah anda mcm tu jg? LUFIKIR LA SENDIRI

Aku puas sdh stress2 psal tgk prgai KAWAN yg mcm sial...PEnat,tp ingat jangn lari drpd msalah,tpi cba blajar mnyelesaikannya....sebab itu akan mmberi pngalaman kpd dri kita & mnjdikan kita lbh matang....pengalaman mrupakn ssuatu yg brhrga dlm hdup kta yg akan kta ingat smpai ajal bakal tiba,tkpa klau lmbat slesaikan msalah tu janji tk lri drpd msalah...sbb klau korg lari drpd mslah,msalah tu tkkn slesai dan sejauh itu jga korg akan kurg Kawan dan sjauh itu jgk dri sndri tk thu cra mnylsaikn masalah...

Apabila difikirkan memang bnyak masa aku dihabiskan bersama KAWAN....Aku bersyukur Sbb aku prcya aku punya kawan sejati dan aku harap mereka fikir aku begitu juga...Terutamanya kawan yang aku knal sjak aku zaman kanak2 lagi...

tapi skrg rmai aku tgok Indvdu yg mmlih kawan...mmg tk slah mmlih kwn untuk mndptkn kwan yg baik tp mksud aku skg ni bnyak yg bkawan hnya dsbbkn seseorg tu ada:

  • pangkat
  • ,duit,
  • famous dan terkenal di kalangan kawan atau org ,
  • indvdu yg hndk djdikan kawan tu mnjdi hrpn kpda ssorg indvdu yg tgi pgkt..
  • .yg gila2,
  • yg pandai buat lawak,
  • bekawan bila kita sedang bersuka dn berjaya mlakukan sesutau indvdu ni mau mnumpang kgmbraan tp apabila musibah dtg kpd dri kita dia mghlng dn tk mau brtggungjwab
  • etc.....................

Tapi apabila seseorg yang tidak mempunyai ciri2 sperti yg trtulis diatas akan dibuat sperti TISU yg boleh DIPAKAI APABILA PERLU DAN DIBUANG APABILA TIDAK PERLU dan layanan serta keutamaan yg dbrikan tk sama sperti yg dbrikan kpd invdu yg mempuyai ciri sperti di atas.....dan apabila indvdu yg dianggap sebagai tisu ini tba2 mmpnyai ciri2 seperti dlm di atas scra automatik pla skap mreka yg hipokrit ni brbh dan mmntgkn serta mmrlukan kawan yg dahulunya tdk mmpnyai ciri2 seperti di atas...MEMANG DASAR KAWAN SIAL & HIPOKRIT.....individu munafik seperti ini mmg tk brguna djadikan sbgai kawan...


Tapi apa2 pun aku bersyukur ada kawan yg msih baik.......bagi aku kawan yg sejati dan baik perlu ada ciri2 asas sperti di bawah ni untuk digelar sebagai KAWAN.

  • kawan yang selalu menegur silap anda.
  • yang selalu perasan akan perubahan diri anda.
  • yang cuba buat anda senyum walaupun hakikatnya memang dia tahu yang korang takkan senyum.
  • yang layan kerenah korang walaupun dia orang ada kerja lain sebenarnya.
  • yang tahu erti gurau, lawak, serius.
  • yang faham hanya dengan kerlingan mata korang.
  • yang hidupnya, percaya korang.
  • yang dirinya tegak untuk korang.
  • yang jiwanya seirama dengan korang.
  • yang sentisasa tidak lupa korg wlaupun tidak bersama lagi
  • mmbrikan pewrhatian yug sama seperti kawan yg lain
  • tidak mnyisihkan kawan
    • bla berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
    • bla rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
    • bla kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
    • bla kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
    • bla dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
    • bla dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;bila kta
    • meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
    • bla datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
    • bla kta merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
    • bla berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
    • Dia membantu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
    • Dia mendorongu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.


    Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita

Kalau ada yang cakap sekarang ni dah tak de kawan sejati, aku rasa korang perlukan latihan intensif mendalami erti kawan, sahabat dengan lebih gigih. Belajar melihat sekeliling dengan hati. Celik mata tak semestinya celik hati! :)

kenalilah hati kerana UKHWAH YANG TERJALIN ATAS DASAR KEPERCAYAAN AKAN TERPANCAR KEIKHLASAN DIHATI KERANA ALLAH..UKHWAH YANG TERJALIN KERANA KEBENDAAN AKHIRNYA AKAN MENEMUI KESENGSARAAN DALAM PERSAHABATAN.
Erti sahabat dalam islam

SAHABAT SEJATI


Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'


Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Adakawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.