Monday, August 29, 2011

KOLEKSI PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 2011







ASSALAMUALAIKUM......ALHAMDULILLAH KITA DAPAT MENYAMBUT HARI RAYA SEKALI LAGI DI TAHUN 2011...SEMESTINYA PANTUN MENJADI POPULAR DI WAKTU BEGINI.....DI BAWAH NI KOLEKSI PANTUN YANG AKU DAPAT KONGSI KEPADA KORANG......


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...KEPADA YANG MENGENALI DIRI INI......#




Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya


Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.


Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.



Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b







Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

Sunday, August 14, 2011

15.08.2011

15.08.1992 tarikh aku dilahir kan.....n skrg 15.08.2011.....
SELAMAT HARI JADI ALONG......ucapan kpda dri sndri..........umur aku smakin tua n tua....hurmmmm bnyak dosa dari pahala yang telah aku lakukan........wlaupun  mgkin ramai yang tdak mgetahui hari lahir aku,aku lbih suka bgtu.......prahsia ialah sifat aku...walaupun kadang2 rasa sdih org tk ingat bday aku...aku okay ja......hidup kena rocks.....yeaaaaaaa...hurm btul ka tu?

aku rindu zaman kanak2 aku........aku masih ingat lagi first time hari lahir aku disambut dengan meriah pada umur aku 6 tahun.......ibu n ayah aku siap buat kenduri besar smbut hri jadi aku.....ramai orang yang datang n banyak hadiah yang aku perolehi,hadiah yang paling akuingat smpai skrang ialah hadiah senapang dri ayah aku,bola dri mak aku,,buku yang mgndungi peta dunia yg diberi oleh rakan sebaya aku yg mrupakan rakan baik aku zaman kanak2 ABDUL AZIZ....lma sdh aku tk jmpa dia....itu lah saat hari lahir aku yang paling indah......namun smua tu tkda lg dek krana usia yg smakin matang....tkda kek,tkda kenduri takda hadiah smenjak hari itu....bkn krana ibu ayah aku tk mau bg n bkn krana inginkan itu smua pda wktu usia aku yg sdh tua ni..tp sbgai seorang yg anak yg btggngjawab...perlulah fkir positiif......khdupan smkin ssh....duit ssh nk cri....harus akur ttg itu......pda individu yg sdh mncpai umr belasan tahun......tk payah la nk sdih sgt bla org tk ingat bday n tkda smbutan......kita sdh matang so prlu fkir positif.....

tpi jauh di lubuk hati aku ....aku ingin kembali pada saat usia aku 6 tahun aki igin merasai smula orang bcakan doa untuk aku,beri ucapan kepada aku...........krna pda wktu itulah aku dpt mrsakan smbutan hari jadi yg sebenar...........YA ALLAH andainya masa dapat diundur aku ingin kembali ke zaman kanak2 aku........krna zaman knak2 la wktu yg pling mnyronokkan dlam hdup......

anyway once again HAPPY BIRTHDAY ALONG.....


Saturday, August 13, 2011

cara-cara menangani insomnia

Assalamualaikum
kali ni aku nk crita sal insomnia....aku ni jnis yg tk blh tdur awal....mata klawar la ktakan....aku ssh nk tdur mlm...lau tdur pun pkul 3am la pling awal klau dr rmh n klau dpt tdur lgawal drpda time ni puncma tdur ayam je(tak lena)....org ckp aku insomnia......bunyi mcm bhya je....skali search intnet...kcik pnya hal da........n aku tjmpa artikel cra2 mngni insomnia ni......ni aku share kat korg....bca lah n slmt bramal..........




Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4 – 5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.

Gejala-Gejala

*  Kesukaran untuk tidur.
*  Tidur yang putus-putus atau resah.
*  Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
*  Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
*  Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.

Apa Yang Anda Harus Buat?

1.  Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.
2.  Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.
3. Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.
4. Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.
5. Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur.
6.  Senam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur.
7. Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.
8. Baca sebuah buku yang membosankan.
9. Dengar muzik yang lembut.
10.  Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau mengganggu aktiviti harian anda.
11. Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang  doktor.

Apa yang boleh dilakukan oleh doktor?

1. Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.
2. Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
3. Ubat tidur, jika perlu.
4. Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri. Dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayana untuk tidur.

Kisah dua gadis dan aurat

Kisah dua gadis.. Cerita ini bermula dengan dua sahabat yang berbeza. Seorng bertudung dan sopan,seorg tidak bertudung dan agak up to date orangnnya.. Mereka berkawan lama,dan rapat. Zahirnya si sopan ini mmg dari pandangan mata mmg ...amat baik,tetapi rupanya tidak pernah bersolat,dan hanya memakai begitu kerna ikutan fesyen dan ingin menunjuk soleha. Dan manakala si sexy ni pula,iman dalamannya amat kuat,solatnya tidak pernah terabai,dan segala tentang agama,memang makanan dia,cuma kerna terlalu asyik berfesyenlah dia tidak ambil berat tentang auratnya. Dua insan yang berbeza sekali luar dalamnya.. Tiba suatu hari kejadian yang tak disangka berlaku,rumah mereka dimasuk perompak. Dan disaat kejadian,si sopan memang tengah bersiap hendak keluar,dan si sexy sedang asyik menonton tv hanya dengan singlet dan short pants nya. Perompak jadi tak keruan dan mula dihasut syaitan,untuk merogol mereka. Perompak hanya seorang,sedangkan mangsanya berdua.. Bagaimana nak mula?? Siapa pilihan dia?? Dia mula berfikir,si sopan atau si sexy.. Lantas matanya terus tepat ke arah peha si sexy dgn ghairah. Lantas terus dia memilih si sexy,sedangkan si sopan langsung tidak dipandanginya. Dan bagai tiada selera. Berlakulah kejadian itu. Dirogol si sexy dgn rakus dan paksa. Si sopan hanya diam mengigil ketakutan. Setelah selesai memuaskan nafsu serakahnya,si perompak terus melangkah kakinya keluar dalam keadaan kekenyangan yang amat sangat. Dua sahabat ini terus ke balai membuat repot. Selepas beberapa hari kejadian,mereka duduk bersama berbincang tentang trajedi hitam itu. Bertanya si sexy pada si sopan dengan marah,kenapa aku yang sentiasa bersolat dan beramal ni dirogol dan bukannya engkau yang jahil tu dirogol???? Sedangkan selama ini aku ingat Allah dan bersolat. Kau langsung tak pernah solat,tp Allah lindung kau!! Dan aku menjadi mangsa.. Dengan nada suara yang rendah si sopan menjawab,mungkin kerana auratku,pemakaian ku membuat perompak itu jd hilang selera melihat aku. Kerna aku tidak menonjolkan tubuh aku. Walaupon kejahilan ku ini membuat kau berkata begitu,tetapi kerna pemakaian ku Allah menyelamatkan aku.. Mugkin semua ini ada hikmahnya.. Lantas dua2 terdiam dan keadaan menjadi bisu.. Apa yang kita nampak disini,walaupon si sexy beriman dalamanya,tetapi ketrampilan luarannya tidak langsung ada sifat2 orang beriman,manakala si sopan yang walaupon dalamannya jahil tetapi dia tahu kesopanan,dan adab orang melayu. Yang sekali gus menyelamatkan dirinya.. Allah tidak membuat naya atau tidak melindung si sexy yang beriman,juga tidak melindung si sopan yang jahil. Akan tetapi kerna pemakaian dan ketrampilan mereka lah yang menghukum mereka.. Disini kita nampak kenapa didalam islam diterapkan menutup aurat... Kerna,islam itu kesopanan,kesucian,kerna ingin mengelak fitnah dan mengelak terjadinya kes rogol ini.. Buatlah penilaian mengenai cerita yang saya reka ini dan jadikanlah pengajaran utk diri dunia dan akhirat.. Insyallah... 

gambar heliza tu tkda kena mngena dengan ni cerita....sgaja ltak sbgai contoh muslimah yang bttup aurat lgpun dia kiutt...heheheh...

Friday, August 5, 2011

KIAMAT TAHUN 2012 ????

Planet Nibiru, Hari Malang 2012 & Cosmophobia?
Mayan Long Calendar
Mayan Kalendar
Planet Nibiru

David Morrison
NASA Astrobiology Institute Senior Scientist

Pengenalan

ASP astronomi dan mantan Presiden David Morrison membuat laman web yang dipanggil "Tanya Astrobiologist" sebagai sebahagian daripada tugasnya sebagai Senior Scientist di NASA's As-trobiology Institute. Di web ini masyarakat dapat mengajukan soalan daripada perwakilan saintifik NASA, dan Dr Morrison mendapat banyak soalan daripada dari segenap lapisan usia. Akhir-akhir ini, dia telah dihujani dengan soalan tentang hari kiamat pada tahun 2012 dan sebuah planet(Planet Nibiru atau Planet X) yang akan berlanggar dengan bumi pada bulan Disember tahun 2012 adalah penyebabnya. (Keadaan menjadi lebih teruk lagi, sebuah filem tentang catastrophe akan datang ke pawagam berhampiran anda pada November 2009 dan iklan tentang filem itu telah pun bermula.) Dr Morrison telah menjumpai beberapa sumber tentang mitos ini dan dikumpulkan kesemua jawapan yang paling hangat dari soalan-soalan di laman webnya. Para pembaca Astronomi Beat pastinya akan mendapatkan pertanyaan seperti itu dari teman dan kolega dan jadi kami meminta Dr Morrison untuk berkongsi sebahagian daripada kesimpulan bersama kami.
Sehingga Jun 2009 ini, ada lebih daripada 175 buku yang berdaftar di Amazon menceritakan tentang hari kiamat pada 2012. Seperti lelucon ini tersebar, banyak lebih banyak senario bencana sedang menyarankan. "Tanya Astrobiologist" telah menerima hampir seribu soalan tentang Nibiru dan 2012, dengan lebih daripada 200 jawapan yang diposting. Berikut adalah beberapa soalan yang paling popular dan juga jawapan. Lihat: http://astrobiology.nasa.gov/tanya-an-astrobiologist untuk set lengkap 20 top soalan.

1. Apakah jangkaan asal bahawa dunia akan berakhir pada Disember 2012?
Cerita ini bermula dengan mendakwa bahawa Nibiru, yang seharusnya planet ditemui oleh kaum Sumeria, akan menuju ke Bumi. Zecharia Sitchin, menulis fiksyen tentang peradaban Mesopotamia purba Sumeria, mendakwa dalam beberapa buku (misalnya,The twelfth Planet, diterbitkan tahun 1976) bahawa dia telah menemui dan menterjemahkan Sumeria dokumen yang mengenalpasti planet Nibiru ini, ia mengelilingi Matahari setiap 3.600 tahun. Dongeng Sumeria ini merangkumi cerita tentang "astronaut kuno" melawat Bumi daripada sebuah tamadun orang asing yang dikenali sebagai Anunnaki. Lalu Nancy Lieder, menyatakan dirinya seorang psikis mendakwa dia adalah perantara makhluk asing, telah menulis dalam laman webnya Zetatalk, bahawa penghuni planet di sekitar bintang Zeta Reticuli memberi amaran kepada beliau bahawa Bumi dalam bahaya kerana ancaman daripada Planet X atau Nibiru. Bencana ini pada awalnya diramalkan pada Mei 2003, tetapi ketika itu tidak ada apa yang terjadi, dan tarikh kiamat itu bergerak maju hingga Disember 2012. Hanya baru-baru ini dua fabel ini dikaitkan dengan akhir kalendar Maya menghitung musim sejuk yang panjang di Solstice pada tahun 2012 - maka dianggarkan hari kiamat tarikh 21 Disember 2012. (Untuk maklumat lanjut sila lihat:- http://en.wikipedia.org/wiki/2012_doomsday_prediction.

2. The Sumeria adalah tamadun pertama yang terbesar, dan mereka banyak membuat jangkaan tepat tentang astronomi, termasuk kewujudan planet Uranus, Neptun dan Pluto. Jadi mengapa seharusnya kita tidak percaya akan ramalan mereka tentang Nibiru?

Nibiru adalah salah satu nama dalam astrologi Babel(Babylonian) kadang-kadang dikaitkan dengan dewa Marduk. Nibiru muncul sebagai watak kecil dalam puisi ciptaan Babel Enuma Elish seperti yang tercatat di perpustakaan Assurbanipal, Raja Assyria (668-627 SM). Sumeria berkembang jauh lebih awal, dari sekitar abad ke-23 abad ke-17 SM. Mereka yakin bahawa Nibiru adalah sebuah planet dimana ia bertentangan dengan para sarjana yang (tidak seperti Zecharia Sitchin) mengkaji dan menterjemah nota bertulis daripada Mesopotamia purba. Sumeria memang tamadun yang besar, penting bagi pembangunan pertanian, pengurusan air, bandar kehidupan, dan terutamanya menulis. Namun, mereka meninggalkan sangat sedikit nota tentang astronomi. Tentu mereka tidak tahu tentang kewujudan Uranus, Neptun atau Pluto. Mereka juga tidak mempunyai pemahaman bahawa planet-planet mengelilingi Matahari, adalah idea dari Greece purba dua ribu tahun selepas akhir Sumeria. Tuntutan bahawa Sumeria mempunyai astronomi canggih, bahkan mempunyai tuhan yang bernama Nibiru, adalah produk daripada imaginasi Sitchin sahaja.

3. Bagaimana boleh anda menyangkal kewujudan Nibiru ketika IRA menjumpainya pada tahun 1983 dan cerita mengenainya muncul di akhbar terkemuka? Pada saat itu anda menyebutnya Planet X, dan kemudian Xena atau Eris.

IRA (Astronomi Inframerah NASA satelit, yang melakukan kajian di langit selama 10 bulan pada tahun 1983 dan menjumpai banyak sumber inframerah, namun tidak satu pun dari sumber itu adalah Nibiru atau Planet X atau benda lain di luar sistem tata surya.Secara ringkas, IRA mengkatalog 350.000 sumber inframerah, dan pada awalnya banyak daripada sumber-sumber ini yang tidak dikenalpasti. Semua pemerhatian ini telah diikuti mengikut kajian selanjutnya dengan instrumen yang lebih canggih baik di darat dan di ruang angkasa. Khabar angin mengenai sebuah "planet kesepuluh" meletus pada tahun 1984 selepas akhbar saintifik Astrophysical Journal Letters ini diterbitkan yang berjudul " sumber titik yang tidak dikenalpasti dalam kajian mini IRA", yang membahas beberapa sumber Inframerah.Tapi "objek misteri" ini ditemui di galaksi yang jauh (kecuali satu, dimana ia adalah seunting daripada "Inframerah cirrus"), yang diterbitkan pada tahun 1987.Tidak ada satu pun sumber IRA berubah menjadi sebuah planet.Ini bermakna bahawa Nibiru adalah sebuah mitos, tanpa asas fakta. Bagi pengamal astronomi, mendakwa tentang sebuah planet yang "menghampiri" tetapi "tak kelihatan" adalah sekadar bohongan.

4. Mungkin kita sepatutnya bertanyakan tentang Planet X atau Eris? Mengapa NASA merahsiakan orbit Eris?

"Planet X" merupakan oxymoron bila diterapkan pada objek sebenar. Istilah ini telah digunakan oleh para astronomi berabad lalu tentang objek yang berkemungkinan. Sekiranya sesuatu objek yang ditemui, maka ia akan diberi nama, seperti planet Pluto dan Eris, yang keduanya pada suatu masa disebut sebagai Planet X. Jika objek baru ternyata tidak nyata, atau bukan sebuah planet, maka anda tidak akan mendengar tentang hal itu lagi. Jika itu nyata, ia tidak akan disebut Planet X. Eris adalah salah satu daripada beberapa planet kerdil yang baru-baru ini ditemui oleh para astronomi di luar tata surya, kesemua daripada planet tersebut bergerak di atas orbit normal yang tidak akan mendekati Bumi. Seperti Pluto, Eris adalah lebih kecil dari bulan kita. Jaraknya sangat jauh, dan orbitnya tidak pernah mendekati dalam sekitar 4 bilion batu. Tiada rahsia tentang Eris dan orbitnya, kerana anda dengan mudah boleh mengesahkan dengan Googling di google search atau mencarinya di Wikipedia.
*Terjemahan tidak dapat dilanjutkan. Saya akan cuba terjemahkannya sehingga habis sekiranya berkesempatan. Terima kasih.
Artikel dalam bahasa inggeris boleh dimuat turun di bawah kategori konspirasi di sini muat turun

** Ulasan Dari Penulis(Azhar)

Perbahasan mengenai Hari Malang / Doomdays tahun 2012 banyak dilaporkan di internet dan akhbar-akhbar tempatan mahupun luar negara. Malah filem mengenainya sudah ditayangkan. Persoalannya sekarang apakah impaknya kepada umat islam tika ini? Makin hampirkah kita dengan Hari Kiamat? Sebahagian ada yang mengatakan "Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA".
Pernyataan seperti ini mungkin mengelirukan kita semua. Kenapa? Kalau kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Morrison seperti di atas, banyak bercanggah dengan apa yang diperkatakan dan difahami oleh orang ramai. Apakah agenda NASA ini? Seperti yang kita sedia maklum, USA aka Amerika ini mesti mempunyai agenda yang tersembunyi yang tidak kita ketahui. Mereka juga adalah agen yahudi. Pembohongan boleh dilakukan oleh mereka pada bila-bila masa. Kita mesti ingat tujuan mereka adalah untuk menghancurkan Islam. Mereka akan sedaya upaya cuba menyembunyikan fakta yang sebenar supaya umat Islam tidak bangkit dan masih tidur seperti yang berlaku di Malaysia ini.
Sama ada info-info yang didapati benar ataupun salah, apa yang wajib kita ketahui ialah mengenai hari Kiamat. Hari yang pasti dan tetap akan berlaku. Berdoalah kita supaya kita tergolong dikalangan orang yang dilindungi oleh Allah s.w.t bila sampainya kemusnahan dunia ini nanti. Subhanallah.....